Saturday, March 27, 2010

10 WANITA TERKEJAM DI DUNIA


DI sni ade bebebrapa list pembunuh wanita paling kejam yang pernah tercatat dalam sejarah. Muka je nampak baik tapi hati kejam, tade perasaaan perikemanusiaan langsung.hu

pembunuh1 10 Wanita Terkejam Didunia
1. Jiang Qing 1914 – 1991
Jiang Qing adalah isteri kpd Mao Tse-tung seorang diktator komunis di China. Kerana kepintarannya menyusun gerakan dia mendapatkan posisi yang paling berkuasa didalam parti komunis (berkuasa seperti Presiden). Dipercayai bahawa dialah dalang disebalik Revolusi Budaya Cina (dimana dia menjadi wakil pemimpin). Jutaan orang di Cina dilaporkan mengalami penyeksaan hak-hak asasi selama Revolusi Budaya. Jutaan yg lain juga dipecat secara paksa. Jumlah korban kematian, baik dari orang barat dan orang timur sekitar 500.000 dalam kekacauan pada tahun 1966-1969 tetapi perkiraan tersebut naik menjadi 3 juta dari 36 juta orang yang dianiaya.

pembunuh2 10 Wanita Terkejam Didunia
2. Elizabeth I of England 1533 – 1603
Korban : ribuan orang

Elizabeth I, dalam perintahan untuk menindas fahaman Katolik, ribuan penganut Katolik di Inggeris dibunuh. Selama dia melakukan hal-hal baik untuk kehormatan parlimen, dia juga merupakan raja yang kejam. Sebagai tambahan, Elizabeth memberikan Queen Mary of Scots tempat perlindungan, lalu tiba-tiba mengkhianatinya dan meletakkan dia didalam penjara selama hamper 19 tahun, lalu membunuh dia. Dia menganjurkan perompakan melawan kapal-kapal Sepanyol dan mendalangi penukaran budak.

pembunuh3 10 Wanita Terkejam Didunia
3. Elena Ceau?escu 1916 – 1989
Korban : penghapusan etnik

Elena Ceau?escu merupakan orang Romania yang menyatakan diri sebagai ilmuwan, isteri dari pemimpin komunis Romania Nicolae Ceau?escu, dan wakil perdana menteri Romania. Romania menyatakan bahwa Elena Ceau?escu bertanggungjawab atas pembebasan dari kontrol kelahiran yang mencipta krisis dari tahun 1970-1980an, menghasilkan kebanjiran bayi yang tidak diinginkan. Bayi-bayi, dan anak-anak tersebut akhirnya tinggal di tempat yatim piatu. Dia juga mengetuai komisi kesihatan lingkungan, dimana dia menyangkal adanya AIDS di Romania, yang merupakan salah satu kuasa paling besar didunia barat. Dia juga bertanggungjawab atas kehancuran gereja-gereja dan pendistribusian makanan yang pada tahun 1980an terletak di Romania. Dia akhirnya dihukum bunuh atas kejahatannya yang melawan kemanusiaan dan semasa hukumannya berlangsung, dia berteriak “pergilah ke neraka” ketika itu.

pembunuh4 10 Wanita Terkejam Didunia
4. Phoolan Devi 1963 – 2001
Korban : 22 org lebih

Phoolan Devi adalan dacoit India (perompak bersenjata) yang mempunyai karier singkat sebagai ahli politik. Pada 1970an dia diculik dia akhirnya bergabung dengan mereka untuk melakukan kejahatan. Pada satu saat dia diperkosa oleh sekumpulan laki-laki di Behmai. Dia memilih untuk lari dan meneruskan hidupnya untuk melakukan kejahatan, merompakk dari orang-orang kaya. Lalu dia akhirnya kembali ke Behmai dan dia memerintahkan semua lelaki untuk berbaris dan menembak mereka semua. Paling tidak sekitar 22 laki-laki terbunuh. Lalu dia akhirnya ditangkap dan menghabiskan 11 tahun penjara. Dia masuk kedalam dunia politik, tetapi hanya dalam waktu yang singkat kerana adanya pemberontakkan. Secara mengejutkan, tahun 1998, Phoolan Devi dinominasikan untuk mendapatkan penghargaan Nobel oleh beberapa anggota parlimen Inggeris. Pada tahun 2001, dia dibunuh oleh seorang lelaki dalam usaha balas dendam atas pembunuhan yang ia lakukan di Behmai.

pembunuh5 10 Wanita Terkejam Didunia
5. Rosemary West 1953
Korban : 12 org

Bersama suaminya Fred, Rosemary West dipercaya telah menyeksa dan membunuh 12 wanita muda. Pada ogos 1992 Fred West ditangkap setelah tertuduh memperkosa anaknya yang berumur 13 tahun sebanyak 3 kali, dan Rosemary West ditangkap atas kekejaman terhadap anak. West mengembangkan kebiasaan untuk mengambil anak-anak perempuan dari perhentian bas disekitar Gloucester, Inggeris dan memenjarakan mereka dirumah mereka untuk beberapa hari sebelum membunuhnya. West mempunyai nafsu seks yang besar sekali dan menikmati perkosaan secara ekstrem dan seks sadomasocithistic. Rosemary adalah seorang biseksual dan banyak mangsa mereka menjadi korban-korban untuk kepuasan seks dia dan suaminya. West juga bekerja sebagai pelacur. Dua dari anak mereka adalah anak dari kliennya. West adalah salah satu dari hanya dua wanita yang pernah dihukum mati dipenjara di UK (yang lainnya adalah Myra Hindley yang sudah meninggal saat ini)

pembunuh6 10 Wanita Terkejam Didunia
6. Delphine LaLaurie 1775 – 1842
Korban : 10 org lebih

LaLaurie adalah kaum sosialis yang kejam yang tinggal di New Orleans. Rumahnya adalah ruangan yang penuh dengan keseraman. Pada 10 April 1834, kebakaran terjadi di dapur dan org ramai yg cuba memadamkan kebakaran menemui 2 budak yang dirantai pada dapur, dimana diyakini merekalah yang memulakan kebakaran untuk mendapatkan perhatian. org2 tadi dipandu oleh budak yang lain menuju ke loteng dimana terdapat benda yang lebih mengejutkan. Lebih dari satu dozen budak cacat terbelenggu di tembok atau lantai. Beberapa menjadi subjek untuk percubaan ubat yang mengerikan. Seorang laki-laki terlihat sebagai bagian pertukaran seks yang ganjil, seorang wanita terjebak di kandang yang kecil dengan lengannya yang rosak dan wanita lainnya tanpa tangan dan kaki, dan adanya timbunan daging pada dirinya agar terlihat seperti ulat bulu. Beberapa mulutnya dijahit dan kelaparan sampai mati, yang lainnya lagi tangannya dijahit dengan bahagian badan yang lainnya. Kebanyakan ditemui mati, tetapi beberapa masih hidup dan beberapa meminta untuk dibunuh agar tidak menderita lagi. LaLaurie lari sebelum dia dihakimi dan dia tidak pernah tertangkap.

pembunuh7 10 Wanita Terkejam Didunia
7. Marybeth Tinning 1942
Korban : 9 org

Antara tahun 1972 dan 1985, Tinning mempunyai 8 anak, dimana semuanya dibunuh termasuk anak angkatnya Selama waktu kematian, tidak ada satupun yang curiga bahawa dia membunuh mereka, dan justeru menyalahkan kelainan genetic. Hal ini terjadi walaupun anak angkatnya adalah anak ketujuh yang dibunuh. Dia mengaku bahawa dia mencekik anak-anaknya, tetapi kemudian dia menarik kembali pengakuan itu. Dia dihukum 20 tahun penjara, dan kedua permintaan pembebasan bersyarat ditolak.

pembunuh8 10 Wanita Terkejam Didunia
8. Dorothea Puente 1929

Dorothy Puente adalah wanita tua yang menjalankan perniagaan rumah sewa. Selama dia menjalankan perniagaan ini, dia telah perlahan-lahan membunuh orang-orang yang tinggal bersamanya dan memalsukan tanda tangan mereka untuk pemeriksaan kesihatan. Dia tidak mengizinkan penyewa-penyewa itu untuk menggunakan telefon atau surat. Dia akan mengambil semua wang yang dikirim untuk para penyewa itu dan menyimpannya untuk dirinya sendiri. Para korbannya biasanya sedang mabuk, dan menderita schizophrenia. Salah satu mayat yang ditemui dikebun belakang, ditemukan tanpa kepala, lengan, dan kaki. wang yang dicuri, dipakai untuk pakaian-pakaian mewah, perfume dan operasi penegangan kulit muka sebelum sebelum dia tertangkap. Puente tidak memperlihatkan kekesalan yang dalam atas kejahatan yang dia lakukan dan saat ini dia berada dipenjara dengan hukuman seumur hidup.

pembunuh9 10 Wanita Terkejam Didunia
9. Karla Homolka 1970
Korban : 3 (disyaki ada 5 org lainnya)

Karla Homolka adalah pembunuh bersiri dari Kanada yang menarik perhatian media diseluruh dunia ketika dihukum kerana membantu suaminya, Paul Bernardo untuk memperkosa dan membunuh gadis-gadis remaja, termasuk juga adiknya sendiri Tammy Homolka. Karla merakam segala perbuatan dan pembunuhan gadis muda yang dilakukan oleh suaminya, rakaman video ini digunakan sebagai bukti mereka dipengadilan dan beberapa bahagian dapat disaksikan diinternet walaupun kerajaan Kanada meminta agar video itu dihapuskan. Yang lebih mengejutkan lagi, Homolka dibebaskan dari penjara pada tahun 2005 setelah hanya dihukum 12 tahun dan sekarang hidup di West Indies

pembunuh10 10 Wanita Terkejam Didunia
10. Williamina “Minnie” Dean 1844 – 1895
Korban: 3 org

Minnie Dean adalah satu-satunya wanita yang dihukum bunuh dalam sejarah New Zealand. Dia dihukum bunuh dengan tali gantung. DIsebalik menyelamatkan gadis muda yang miskin, wanita iblis ini membunuh anak mereka dan mengambil wang mereka untuk meningkatkan gaya hidupnya. Pada waktu itu, wanita muda yang hamil tanpa suami dijauhi oleh masyarakat. Hal ini memunculkan suatu kejadian phenomena yang disebut “baby farming” dimana orang akan menjadi sukarela untuk mengambil anak mereka dan membesarkan mereka dengan gaji dari kerajaan. Dean adalah salah seorang pengasuh, tetapi daripada membesarkan anak-anak itu, dia membunuh mereka ketika ada kesempatan dan mengambil gaji itu. Hal ini sangat memungkinkan dilakukan kerana pengasuh tidak wajib mendaftar sesuai hukum. Dalam banyak kes, anak-anak itu lenyap di rumah pengasuh ini. Dean membunuh paling tidak 3 anak tetapi banyak orang yang mengesyaki dia membunuh lebih dari itu. Saat ini, tulang dari 3 anak itu disimpan didalam muzium New Zealand.

Friday, March 26, 2010

SUNGAI DI DALAM LAUT
sungai1 Sungai Dalam laut!!!

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

sungai2 Sungai Dalam laut!!!

sungai3 Sungai Dalam laut!!!

sungai4 Sungai Dalam laut!!!

sungai5 Sungai Dalam laut!!!

sungai6 Sungai Dalam laut!!!

sungai7 Sungai Dalam laut!!!

arrahman8 Sungai Dalam laut!!!

Rahsia Melalui Tulisan :

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

Wednesday, March 24, 2010

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2010 (ELEMEN 3)


Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme:
1. Berbangga sebagai rakyat Malaysia
2. Bersemangat setia negara
3. Bersemangat kekitaan
4. Berdisiplin
5. Berusaha dan produktif

Berdasarkan soalan untuk Elemen 3 tersebut, murid2 perlu menulis esei panjangnya lebih 100 patah perkataan dan cara menulisnya adalah sama dengan cara menulis karangan Bahasa Melayu iaitu perlu mempunyai
pendahuluan, isi2 dan kesimpulan.

Nah, di bawah ini adalah contoh yang dapat cikgu berikan. Ada lagi isi yang belum cikgu masukkan ... anda cubalah ya .. jangan sekali-kali
copyterus ... cuba belajar menulis sendiri ok!

........................................................................................................
Contoh Esei Elemen 3:

Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India dan pelbagai lagi jenis perayaan tradisi kaum minoriti di negara kita. Ketika perayaan-perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan pelbagai jenis hidangan makanan. Semua rakyat negara ini pasti menantikan setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.

Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum seterusnya
memupuk semangat kekitaan dalam kalangan semua kaum di negara ini.

Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara dan yang jelas, kita sudah pastinya
berbangga menjadi rakyat Malaysia. Sikap bertoleransi dan faham-memahami antara semua kaum ini sudah pasti tidak akan menimbulkan sebarang salah faham antara mereka. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain dan mampu mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.

Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum pada kacamata masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan begitu mudah seterusnya
mengukuhkan semangat setianegara.

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan perlu diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni,
berusaha dan produktif akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan dan secara tidak langsung juga akan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sunday, March 21, 2010

SPM 2009: Hasil Kecekalan Pelajar


Pelajar istimewa yang menghidap penyakit gangguan otak, Rehana Bakhruddin gembira melihat gambarnya dipaparkan di muka hadapan Utusan Malaysia selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, ketika ditemui di rumahnya, di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor 12 Mac. Utusan Malaysia.

Saturday, March 20, 2010

KERJA KURSUS SEJARAH PMR: JENIS-JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA

Di bawah ini cikgu senaraikan link-link yang berkaitan dengan perayaan2 di Malaysia. Ia boleh dijadikan bahan rujukan dan sumber yang sesuai ...!
NAK TAU BACA LE LAGI... - LINK WEB TENTANG PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA - KERJA KURSUS PMR 2010

PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA

Hai murid2, di bawah ini cikgu senaraikan secara ringkas perayaan2 di negara kita bagi tugasan Kerja Kursus PMR tahun 2010. Semoga ia memberi idea awal kepada semua ....!

SENARAI HARI-HARI PERAYAAN DI MALAYSIA

VAISAKHI
· Perayaan bagi masyarakat Sikh, Vaisaki dikatakan telah diasaskan oleh Guru
Amar Das pada 1567. Ia adalah hari istimewa di mana semua penganut Sikh
berkumpul untuk mendapat restu Guru-Guru mereka.

KRISMAS
· Menandakan kelahiran Jesus Christ yang bertarikh 25 Disember tahun
pertama masehi, di Baitullaham. Ia adalah masa bagi keluarga dan rakan
taulan berkumpul, memupuk cinta dan kasih sayang antara penganut
Kristian.

DEEPAVALI
· Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya, Deepavali atau Diwali
adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan
kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum.

CHAP GOH MEI
· Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei
disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta
Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara
besar-besaran.

HARI RAYA AIDILFITRI
· Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula
dari subuh hingga ke maghrib selama sebulan. Aidilfitri disambut sempena meraikan kejayaan umat Islam mengharungi kembara Ramadhan tersebut.

HARI RAYA AIDILADHA
· Selain dari hari raya Aidilfitri, satu lagi hari perayaan bagi umat Islam seluruh
dunia ialah hari raya Aidiladha.Ia disambut pada 10 haribulan Zulhijjah, iaitu
dua bulan setelah Syawal.

PERAYAAN HANTU LAPAR
· Perayaan hantu Lapar adalah satu lagi perayaan yang disambut oleh
masyarakat Buddha di negara ini.Ia adalah berdasarkan sejarah yang berlaku
di Negara China berkurun dahulu.

PERAYAAN KAUL MELANAU
· Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang
dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai
jenis semangat, seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun mereka.

MAAL HIJRAH
· Maal Hijrah atau disebut juga Awal Muharam, adalah hari penting untuk umat
Islam. Ia adalah hari pertama dalam bulan pertama umat Islam.

PERAYAAN DEWA MONYET
· Perayaan Dewa Monyet atau "Monkey God Festival' juga disambut oleh
penganut Buddha seluruh dunia. Selain Malaysia, ia juga disambut di China,
Hong Kong, dan Singapura.

TAHUN BARU CINA
· Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor
makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar
China.

PERAYAAN BOT NAGA
· Di musim panas, masyarakat Cina yang tinggal di persisiran pantai dan tepian
laut akan menyambut perayaan 'fifth moon' mengikut kalendar Cina.

HARI GAWAI DAYAK
· Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak
untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali
sebagai Gawai Dayak.

PESTA KAAMATAN
· Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan / Dusun
sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut
oleh semua kaum lain di Sabah.

PESTA KUIH BULAN DAN TANGLUNG
· Pesta Kuih Bulan pula disambut pada hari ke-15 pada bulan kelapan kalendar
Cina. Ia menandakan berakhirnya musim menuai pada zaman dahulu kala.

PONGAL
· Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah
pesta pongal. Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia
menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

REGATTA LEPA SEMPORNA
· Masyarakat Bajau di persisiran pantai timur Sabah merayakan perayaan
Regatta Lepa ini.’Lepa’ dalam bahasa Bajau ialah sampan atau bot.


NAK TAU BACA LE LAGI... - PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA

Friday, March 19, 2010

Cara Penulisan Esei (Tugasan 2) Kerja Kursus Sejarah PMR 2020

Soalan:
Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme:
1. Berbangga sebagai rakyat Malaysia
2. Bersemangat setia negara
3. Bersemangat kekitaan
4. Berdisiplin
5. Berusaha dan produktif

Berdasarkan soalan untuk Elemen 3 tersebut, murid2 perlu menulis esei panjangnya lebih 100 patah perkataan dan cara menulisnya adalah sama dengan cara menulis karangan Bahasa Melayu iaitu perlu mempunyai
pendahuluan, isi2 dan kesimpulan.

Nah, di bawah ini adalah contoh yang dapat cikgu berikan. Ada lagi isi yang belum cikgu masukkan ... anda cubalah ya .. jangan sekali-kali
copyterus ... cuba belajar menulis sendiri ok!

........................................................................................................
Contoh Esei Elemen 3:

Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India dan pelbagai lagi jenis perayaan tradisi kaum minoriti di negara kita. Ketika perayaan-perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan pelbagai jenis hidangan makanan. Semua rakyat negara ini pasti menantikan setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.

Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum seterusnya
memupuk semangat kekitaan dalam kalangan semua kaum di negara ini.

Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara dan yang jelas, kita sudah pastinya
berbangga menjadi rakyat Malaysia. Sikap bertoleransi dan faham-memahami antara semua kaum ini sudah pasti tidak akan menimbulkan sebarang salah faham antara mereka. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain dan mampu mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.

Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum pada kacamata masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan begitu mudah seterusnya
mengukuhkan semangat setianegara.

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan perlu diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni,
berusaha dan produktif akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan dan secara tidak langsung juga akan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Justify Full