Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

SUNDAY, MAY 16, 2010

Istimewa untuk guru-guru sekolah pendalaman

Lawatan saya melawat rumah panjang mengikuti rombongan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato Shapie Apdal meninggalkan kesan yang mendalam buat saya.

Secara kebetulan, hari mengundi di Sibu ini juga adalah hari Guru.

Ingin saya dedikasikan sajak Usman Awang ini kepada guru-guru di sekolah-sekolah pendalaman yang berkorban membela generasi hadapan kita dengan segala kekurangan dan kekangan.

Mereka adalah pejuang yang perlu dihargai.


Guru Oh! Guru

Oleh Usman Awang

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
































































SELAMAT HARI GURU, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Selamat Hari Guru 2010, Guru Pembina Negara Bangsa memang tepat sekali. Tanpa guru siapalah kita. Guru satu pekerjaan yang amat mulia. Terima kasih kepada semua GURU-GURU di Malaysia. Jasa anda semua amat kami hargai.

Friday, May 14, 2010

GURU OH GURU...

4 May 2010

Guru oh Guru









Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang

Sunday, May 9, 2010

BERSYUKURLAH DAPAT JADI GURU

BERSYUKURLAH DAPAT JADI GURU

SEJAK kebelakangan ini, banyak sungguh rungutan daripada mereka yang bergelar guru. Ada sahaja yang tidak puas hati terhadap apa yang dinikmati sekarang.

Bermula dengan isu guru penat mengajar, guru teraniaya, guru tersiksa mengajar di kawasan pedalaman dan entah apa-apa lagi, setiap rungutan dipaparkan bagi meraih simpati kerajaan dan orang ramai.

Meneliti setiap rungutan yang dipaparkan oleh media, nampaknya guru sekarang terlalu berkira dan tidak lagi ikhlas bekerja demi agama, bangsa dan negara.

Pepatah, guru menerangi kehidupan orang lain tidak lagi sesuai dipraktikkan kerana segala apa yang dilakukan guru sekarang, mereka mahukan pembalasan sama ada gaji lebih, elaun lebih dan lain-lain.

Jika itulah rungutan guru sekarang, cuba fikirkan tentang rakan penjawat awam atau swasta lain yang sesetengahnya bergaji jauh lebih rendah, walaupun memiliki kelulusan akademik yang sama.

Kalau tak sanggup pikul tugas sebagai guru, lebih baik letak jawatan agar murid dan pelajar tidak menjadi mangsa guru yang terlalu berkira dan tidak ikhlas bekerja.

PENOREH GETAH

DABAI BORNEO YANG POPULAR



Dabai merupakan sejenis buah bermusim yang popular di Borneo terutamanya di Bahagian Sibu. Buah dabai adalah salah satu daripada 75 keluarga buah kana. Nama saintifiknya ialah canarium odontophyllium.


Buah dabai boleh dimakan dengan berbagai cara, yang paling popular ialah buah dabai direndam dengan air suam-suam kuku sehingga buah menjadi lembut, toskan air dan dengan sedikit garam, dabai sedia untuk dimakan bersama lauk-pauk lain sewaktu makan tengah hari atau makan malam. Ia juga enak jika dicolek atau dicicah dengan kicap dan sambal belacan.


Cara lain ialah dengan membuat jeruk atau dibuat kundee, Proses membuat kundee ialah dengan merebus dabai sehingga masak, toskan air sebelum dicampur garam dan dibuang. Kundee boleh dimampatkan dan disimpan secara sejuk beku. Nasi goreng dabai adalah dihasilkan dengan kundee dabai. Ia amat lazat untuk dimakan di malam hari.

Buah bermusim ini boleh diperolehi dengan banyak pada musim durian dan buah-buah lain.

Harga ikut musim dan jumlah hasil. Jika terlalu banyak harga boleh jatuh kepada RM 1 satu kilo dan boleh mencecah belas ringgitsekilo.


Jika di Kapit buah ini masih lagi dijual dalam ukuran cupak dan gantang.