Tuesday, November 22, 2011
Wanita Ada Sejarahnya Sendiri !
Sepanjang sejarah tamaddun manusia, kaum wanita selalu menjadi "bahan" diskriminasi dan penginayaan.
Sebagai contoh, di era tamaddun Roman, wanita dianggap sebagai hamba kepada orang lelaki dan tidak mempunyai apa-apa hak.
Undang-undang India kuno pula, seorang balu wajar menamatkan riwayatnya dengan membakar diri bersama mayat suaminya.
Di semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam, suatu yang memalukan jika melahirkan anak perempuan, dan tidak salah untuk membunuh anak-anak perempuan.
Dalam satu persidangan pada tahun 1586 A.D di Peranchis, suatu perbincangan diadakan bagi menentukan samada wanita adalah manusia atau tidak.
Di England, hingga tahun 1850 wanita dianggap sebagai bukan warganegara, dan sehingga tahun 1182 wanita masih tidak boleh memiliki harta.
Setengah bahasa didunia ini menggunakan gantinama yang berbeza untuk wanita, sebagai contoh dalam Bahasa Inggeris, ‘He’, ‘His’ dan ‘Him’ merujuk kepada lelaki dan ‘She’, ‘Her’ dan ‘Hers’ bagi wanita. Dalam Bahasa Arab pula, ‘Hu’ merujuk kepada lelaki dan ‘Ha’ untuk wanita.
Di setengah tempat di rantau ini, golongan wanita sahaja dibenarkan mempusakai harta, dan mungkin masih diamalkan hingga ke hari ini(adat Pepatih)
Di negeri Kelantan pula wanita Melayu sangat aktif dalam dunia perniagaan dan mempunyai kuasa ekonomi yang disegani.
Di negara bernama Nigeria, adalah ganjil kalau seorang lelaki itu hanya mempunyai seorang isteri sahaja. Tetapi di Negara kita, seperti melakukan 'kesalahan' jika seorang suami ingin berkahwin lagi satu.
Selagi ada wanita, sejarah terus tercipta ...
Tuesday, November 8, 2011
SEJARAH OH SEJARAH !
1 KETIKA subjek lain boleh diletakkan harapannya kepada keupayaan seseorang pelajar, subjek sejarah masih bergantung kepada kekuatan guru yang mengajarkannya. Atau dalam erti kata lain faktor guru masih kuat mempengaruhi minat pelajar terhadap subjek ini.
2 Sejarah yang memang sudah mati, menjadi hidup dan segar di tangan guru sejarah yang berkebolehan. Tetapi bilangan mereka yang sebegitu tidak ramai.
3 Realitinya, sejarah selalu sahaja menjadi subjek yang paling tidak popular di sekolah. Mujurlah subjek ini diwajibkan pengambilannya, jika tidak ramai pelajar yang akan mengetepikannya sama sekali.
4 Bagi mereka, sejarah adalah subjek yang membosankan. Cikgu-cikgu yang mengajarkan subjek ini pula dikatakan kurang ketrampilan dalam menyampaikannya; begitu kaku dan terikat dengan satu cara.
5 Mereka selalu dilihat memberi kuliah dan syarahan sejarah, bukan pendidikan dan penghayatan sejarah. ”Bosan sungguh”, kata pelajar.
6 Bayangkan mereka sendiri kurang berminat dengan subjek ini, tiba-tiba mereka disuruh mengajarkannya kepada orang lain. Wah memang suatu bebanan dan menyakitkan.
7 Sebab itu saya pernah memberitahu guru-guru sejarah saya bahawa guru sejarah harus berminat dengan subjek ini sebelum mereka mengajarkannya.
8 Mula-mula minat dahulu, kemudian baru ada penghayatan. Kita tidak mahu guru sejarah bercakap dari hati yang mati .
9 Perlu ada hubungan jiwa antara mereka sendiri dengan pelajar mereka supaya pengajaran dan pembelajaran subjek ini benar-benar dirasakan kemanisannya.
10 Pada masa yang sama hubungan jiwa antara guru sejarah dengan peristiwa sejarah juga perlu ada. Seolah-olah guru itu sendiri menjadi salah satu watak yang ada pada zaman tersebut dan turut mengalami peristiwa sebenar.
11 Jika jiwa sejarah itu sendiri tidak ada, bagaimana kita mengharapkan pelajar berminat dengan subjek ini.?
12 Jika berlaku juga kita seolah-olah memaksa pelajar kita pergi ke suatu zaman yang begitu asing dengan diri mereka. Mereka hanya touch and go, tetapi langsung tak merasai apa-apa.
Hakcipta Abd Bashid Harun
Saturday, October 29, 2011
GURU IBARAT TV !
Nama Para Nabi Tercatat Dalam Tablet Ebla Yang Berusia 1500 Tahun Lebih Tua Daripada Taurat
Berasal dari zaman sekitar 2500 SM, batu bersurat Ebla merekodkan maklumat penting tentang sejarah agama-agama. Ciri terpenting tablet Ebla, yang ditemui ahli arkeologi pada tahun 1975 dan sejak itu telah menjadi subjek kepada banyak kajian dan perdebatan, adalah tertulisnya nama tiga orang nabi yang dirujuk di dalam kitab-kitab suci.
Penemuan tablet Ebla selepas ribuan tahun dan maklumat yang terkandung di dalamnya amat penting dalam menerangkan lokasi geografi umat-umat yang diceritakan di dalam Al-Quran.
Sekitar 2500 SM, Ebla merupakan satu kerajaan yang meliputi satu kawasan termasuklah ibu kota Syria, Damaskus dan tenggara Turki. Kerajaan ini mencapai kemuncak budaya dan ekonominya, namun sepertimana yang berlaku kepada banyak tamadun lain, ia lenyap dari pentas sejarah. Rekod-rekod yang tersimpan jelas menyatakan bahawa Kerajaan Ebla merupakan pusat kebudayaan dan komersil utama pada masa tersebut.1 Masyarakat Ebla memiliki tamadun yang membawa kepada pembangunan arkib-arkib negara, membina perpustakaan dan merekod kontrak-kontrak komersil dalam bentuk bertulis. Mereka bahkan mempunyai sistem bahasa sendiri, yang dikenali sebagai Eblaite
Thursday, September 15, 2011
Format baharu pentaksiran SPM Sejarah
Mulai 2013, mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus sebagai syarat untuk layak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain mata pelajaran Bahasa Melayu.
Subjek Sejarah akan mula diperkenalkan dalam SPM Ulangan mulai tahun 2014.
Format pentaksiran mata pelajaran Sejarah akan menggunakan sukatan pelajaran sedia ada bermula dari tahun 2013 sehingga 2017. Bermula SPM 2018, ia akan menggunakan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Mengikut format pentaksiran yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat pada April lalu, subjek Sejarah akan diuji dalam tiga kertas yang melibatkan soalan aneka pilihan, struktur dan esei serta tugasan.
Kertas 1 mengandungi 40 soalan objektif yang perlu dijawab oleh calon dalam tempoh satu jam. Ia menyumbang 30 peratus daripada markah keseluruhan.
Manakala Kertas 2 pula merupakan soalan subjektif yang dibahagikan kepada Bahagian A untuk soalan berbentuk struktur dan Bahagian B untuk esei.
Semua calon wajib menjawab empat soalan yang terdapat dalam Bahagian A. Sepuluh markah untuk setiap soalan.
Bahagian B mengandungi tujuh soalan dan calon hanya perlu menjawab tiga soalan sahaja. Dua puluh markah untuk setiap soalan.
Jumlah markah ialah 100 tetapi secara keseluruhan Kertas 2 menyumbang sebanyak 50 peratus. Tempoh ujian untuk Kertas 2 ialah selama dua jam setengah.
Kertas 3 yang merupakan soalan berbentuk tugasan menyumbang sebanyak 20 peratus daripada markah keseluruhan. Ujian bagi kertas ini dijalankan dalam tempoh tiga jam tetapi calon akan diberi tema atau tajuk umum sebulan lebih awal dari tarikh peperiksaan.
Tajuk tugasan dan panduan menjawab Kertas 3 akan diberi pada hari peperiksaan.
Dari segi aras kesukaran soalan, ia digubal sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah pelajar pada hujung tingkatan lima.
Semua soalan dibina mengikut sukatan pelajaran tingkatan empat dan lima.
Konstruk untuk setiap soalan berbeza mengikut Kertas. Bagi Kertas 1, soalan menjurus kepada keupayaan mengingat, memahami dan menganalisis.
Kertas 2 pula memerlukan pelajar mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menjana idea.
Tugasan dalam Kertas 3 pula bertujuan memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai, menjana idea dan nilai.
Friday, September 2, 2011
Perjumpaan Keluarga SUKOH
Untuk kali pertama, Keluarga besar Allahyarham Tn HJ Ismail (Sukoh) berhimpun pada Hari Raya Kedua yang lalu ( Rabu 31 Ogos 2011). Lebih 300 orang yang hadir melibatkan empat generasi keturunan Tn Hj Ismail. SUKOH adalah panggilan atau nama jawa bagi Tn Hj Ismail.
Saturday, August 27, 2011
Monday, August 15, 2011
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA TUAN PPD PASIR GUDANG
Wednesday, August 3, 2011
LAWATAN GURU SEKOLAH MENENGAH JEPUN
Pada 3 Ogos 2011, tiga orang guru dari sekolah menengah Jepun di Bdr Seri Alam telah melakukan kunjungan ke SMKKM2. Banyak input yang kami perolehi hasil perbincangan yang berlangsung hampir 2 jam bersama guru dari negara termaju di Asia ini.
Tuesday, August 2, 2011
TAJUK PANAS SEJARAH SPM 2011 !!....
Bab 1 (Tema 1)
-Tamadun India /Indus.
-Tamadun China.
( 6 aspek )
Bab 2 (Tema 1)
-Tamadun Rom
-T.Yunani (keseluruhan sudah keluar)
-T.China.
-T.India.
Bab 3 (Tema 2)
-Kepentingan candi,pengaruh Hindu Buddha dalam sastera.
-Pengaruh Hindu Buddha dalam masyarakat Asia tenggara. (politik, ekon dan sosial)
-Kerajaan Srivijaya & kuasa Maritim.
-Kerajaan Kedah Tua.
-Kepentingan Candi.
-Kepentingan Bahasa Sanskrit.
Bab 4 (Tema 3)Islam di Makkah.
-Amalan sistem Kabilah.
-kerasulan nabi Muhammad s.a.w (SPM 2010)
-Penentangan Islam di Makkah.
-Reaksi masyarakat di Makkah.
Bab 5 (Tema 3)Islam di Madinah.
-Perjanjian Aqabah.
-Pembukaan Kota Makkah (8 hijrah)
Bab 6 (Tema 3)
-Sumbangan Umaiyah (Tahap 1 dan 2)
-Sumbangan Abbasiyah (intelektual)
-Sumbangan Tamadun Islam kepada Tamadun barat.
-Pertembungan Tamadun islam.
-Sumbangan T.Islam dm bidang sains.
-Sumbangan Ibnu Sina.
-Sumbangan dalam bidang seni.
Bab 7 (Tema 4)
-Teori kedatangan Islam Asia tenggara.3 teori (SPM 2010)
-Cara penyebaran Islam ke Asia tenggara.*
Perkahwinan, gol bangsawan,kelhiran K.Islam, pusat kebudayaan, mubaligh, keistimewaan Islam)
-Kesan penyebaran Islam Asia Tenggara.
-Pengaruh Islam ke A.Tenggara (hampir keseluruhannya sudah keluar)
Bab 8 (Tema 4)
-Kesan Islam terhadap sosiobudaya.
(pendidikan, bahasa dan ekon, kesenian & gaya hidup)
-kesan kedatangan islam terhadap perdagangan, m.wang dan percukaian.
Bab 9 (Tema 5)
-Zaman gelap
-Zaman Reformation.
-Ciri-ciri Fedulisme di Eropah dan ciri-masay Melayu tradisional.
Bab 10 (Tema 6)
-Dasar British terhadap Undang-undang tanah.
- Kesan-kesan terhadap ekonomi.
(perbandaran, pembentukan masyarakat berbilang kaum, sistem pendidikan vernakular, perkilangan, pengangkutan & kesihatan)
TINGKATAN 5
Bab 1 (Tema 1)
- Perkembangan nasionalisme pada dua tahap.
-Gerakan nasionalisme di Thailand.
-iktibar drp.gerakan nasionalisme.
Bab 2 (Tema 1)
- Faktor penentangan tempatan
-Tokoh (sudah keluar spm Naning, J.Brooke, Mat Salleh) (SPM PErak & Pahang)
-Gerakan Islah.
-Gerakan nasionalisme Zaman Jepun.
Bab 3 (Tema 2)
-Pembinaan negara bangsa di Melaka dan negeri Melayu. (SPM 2010)
-Undang2 Tubuh Negeri Melayu.(kecuali Johor SPM 2009)
Bab 4 (Tema 3)
-Persekutuan Tanah Melayu 1948. (kecuali….)
-Tokoh penggerak.
-Politik di Sabah dan Sarawak.
Bab 5 (Tema 4)
-Suruhanjaya Reid.
-Peranan tokoh2 kemerdekaan.
Bab 6 (Tema 4) Bab favourite.
- Suruhanjaya Cobbold.
-JAK.
Bab 7 (Tema 5)
-Raja berpelembagaan,Tugas Yang Dipertuan Agong.(SPM 2010)
-Sistem Pemerintahan Malaysia (Tiga badan)*
-Parti politik di Malaysia.
-Senarai Persekutuan & Negeri.
Lambang Negara/Jata negara.
-Lagu Negaraku.
-Bendera Jalur Gemilang.
Bab 8 (Tema 5)
-Rancangan Lima tahun malaysia.(Rancangan Malaya 1 SPM 2010) yang lain belum keluar.
Tahap 1 dan 2.
-Wawasan 2020
-langkah mendaulatkan bahasa
-Dasar pendidikan. kebangsaan.
Bab 9 (Tema 6 )
-Koridorraya Multimedia.
-Konsep K ekonomi dan K masyarakat.
-3 Tahap pembentukan dasar luar Malaysia. (dasar dan kenapa)
-Perang Dunia Pertama.
-globalisasi (SPM 2010)
Thursday, July 14, 2011
Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun
Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.
Sunday, July 3, 2011
14 Februari : Ada Peristiwa Lebih Penting Dari Valentine
Read more: http://blogtamingsari.blogspot.com/2011/02/14-februari-ada-peristiwa-lebih-penting.html#ixzz1R3gTgvSe