Thursday, March 18, 2010

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2010(Tugasan 2)


(Rencana ini boleh dijadikan contoh menyiapkan Tugasan 2 (Esei) Sejarah PMR 2010).


Tajuk : Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Perayaan tradisi yang disambut pada setiap tahun oleh setiap bangsa di Malaysia mampu memupuk semangat cintakan negara baik dikalangan dewasa mahupun remaja serta kanak-kanak. Perayaan tahunan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali mampu memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?


Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah…

Penganjuran Rumah Terbuka

Rumah terbuka mampu mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan mampu mengabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung. Contohnya, Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh Pemimpin sesuatu kawasan akan menjadi tumpuan rakyat berbilang bangsa.


Pertunjukan Kesenian sesuatu kaum

Keseniaan sesuatu kaum kini bukan sahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja malahan turut menjadi tumpuan suku kaum lain. Sebagai contoh, Perayaan Tahun Baru Cina akan menarik pelbagai kaum untuk turut memeriahkannya kerana unsur kesenian Tahun Baru Cina iaitu Tarian Singa (Lion Dance) menjadi kegemaran suku kaum lain.

Melalui media dalam mengwar-warkan sambutan perayaan tradisi sesuatu kaum

Media massa adalah salah satu sumber informasi yang terkini dan berguna untuk masyarakat. Media massa juga merupakan wadah penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Pihak media hendaklah sentiasa peka kepada keadaan disekeliling agar maklumat dapat disampaikan dengan serta merta dengan berkesan. Tidaklah masyarakat mejadi seperti katak dibawah tempurung yang tidak mengetahui perkembangan di sekelilingnya. Setiap sambutan perayaan perlulah mendapat liputan meluas daripada media.

Gagal SPM bukan titik akhir hidup

AIR mata yang berlinangan sebaik memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Khamis lalu memberi seribu satu makna yang sukar untuk diungkapkan.

pix_middle


Mana tidaknya, reaksi spontan selepas melihat slip keputusan SPM diiringi tangisan membuatkan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan tertanya-tanya sama ada keputusan mereka cemerlang atau sebaliknya.

Bagi pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang, tangisan itu lambat-laun akan bertukar kepada senyuman, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang gagal? Bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, mudah membuat perancangan masa depan dengan memohon memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

Benarkan masa depan pelajar yang gagal itu gelap atau ada peluang lain untuk menebus maruah yang hilang? Jika ada apa yang harus lakukan? Pensyarah Kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Sapora Sipon, berkata keputusan SPM sangat penting, tetapi ia bukanlah penentu masa depan seseorang.

Beliau berkata, tahap kematangan seseorang individu adalah berbeza dan jika berusaha gigih, masa depan mereka pasti cerah.


"Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Jadi, jangan anggap gagal SPM sebagai satu titik akhir dalam hidup. Insya-Allah jika berusaha, kejayaan pasti ada," katanya.

Pelajar yang gagal atau keputusan 'cukup makan' tidak perlu risau kerana banyak peluang untuk berjaya.

"Dahulu memang peluang melanjutkan pelajar untuk mereka yang tercorot agak tipis, kini dengan adanya pelbagai kolej dan pusat pendidikan swasta, pelajar hanya perlu bijak memilih kursus yang diminati.


"Dengan kelulusan minimum yang pelajar ada, mereka boleh memohon kursus di bidang teknikal atau vokasional.

"Latihan kemahiran di Giat Mara atau institusi pertanian membuka peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran," katanya.

Apabila memperoleh sijil nanti, mereka mempunyai pilihan untuk terus bekerja atau melanjutkan pelajaran lebih tinggi.

Bagaimana pula jika gagal memohon di mana-mana institusi atau pusat kemahiran? "Jangan risau kerana anda boleh bekerja dan dalam masa yang sama ambil kursus di mana-mana institusi atau mengulang semula peperiksaan SPM kembali.

"Tetapi, perlu ada keazaman dan usaha gigih," katanya.

Peluang kerjaya kini mempunyai banyak saingan dan pelajar perlu bijak memilih.

Justeru, katanya, jika tiada pilihan lain, pelajar boleh menceburi bidang keusahawanan atau berniaga kecil-kecilan untuk mendapat pengalaman sebelum melabur dalam skil lebih besar.

"Ketika bekerja, kumpul modal dan belajar ilmu pengurusan, insya-Allah dalam tempoh beberapa tahun, anda bakal menjadi usahawan berjaya.

"Yang penting anda ada keinginan, semangat dan usaha untuk berjaya," katanya.

Menurutnya, bidang keusahawanan menjanjikan masa depan yang cerah.

Justeru, katanya, usah menangisi nasib sendiri apabila gagal kerana ia tidak membawa apa-apa, sebaliknya kumpul semangat yang masih ada untuk bangun dan melakukan sesuatu yang positif.


"Perasaan sedih itu memang lumrah apatah jika berusaha tetapi keputusan yang diterima mengecewakan.

"Tetapi, anda tidak boleh terus menangis kerana kehidupan perlu diteruskan, inilah yang patut ada pada diri pelajar yang gagal, semangat dari kejatuhan," katanya.


Beliau mengaku ketika ini ibu bapa memainkan peranan penting memberi dorongan kepada anak-anak.

"Sokongan ibu bapa diperlukan bagi mengubat pelajar yang dalam kesedihan. Mereka perlu peka dan prihatin.

"Jangan memarahi atau mengaibkan mereka kerana ia memberi akibat yang buruk," katanya.


Katanya, ibu bapa perlu sedar bahawa pelajar yang gagal dalam SPM hari ini boleh berjaya di masa hadapan jika mereka bijak membimbing.


Dalam perkembangan yang sama, Dr Sapora meminta pelajar yang gagal rajin melihat peluang lain yang ada.

"Jika masih bersedih dan tidak boleh menerima kenyataan terhadap kegagalan itu, jumpa guru kaunseling di sekolah.

"Rajin-rajinlah membelek surat khabar untuk melihat peluang melanjutkan pelajaran," katanya.

  1. LATIHAN ESEI :
  2. SOALAN: Terangkan ciri-ciri penting Bandar Harrapa dan Mahenjo daro yang berkaitan dengan aspek perancangan bandar ? ( 8 markah )

F1 Bandar di Indus terbahagi kepada dua bahagian


H1a dikelilingi oleh tembok.

F2 Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran

H2a keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran,

H2b tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual pembersihan,

tempat pemyimpan hasil pertanian.

F3 Bahagian kedua adalah terdiri kawasan perumahan.

F4 Bandar-bandar adalah dirancang dengan sebegitu rapi

H4a terutamanya dari sudut susur aturnya yang sistematik.

F5 Bandar-bandar dalam tamadun ini disusun berasaskan blok-blok berbentu segi empat

H5a setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambungan

antara satu sama lain.

F6 Setiap Bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.

F7 Bandar-bandar di sini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan

perhubungan.

  1. Bagaimanakah masyarakat di atas mampu membina bandar yang terancang ? ( 6 markah

F1 Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang sperti Mohenjo-Daro dan Harappa memerlukan gabungan kepakaran

H1a seperti sudut letak bandarnya dan dari segi pengisiannya.

F2 Kefahaman terhadap ilmu geometri, kesenian dan matematik sangat diperlukkan.

F3 Kemampuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan

bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaan.

F4 Ini adalah hasil pertembungan tamadun Indus dengan Tamadun Mesopotamia dan

Mesir yang

F5 membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang

H5a diikuti oleh jalanraya yang lurus.

F6 Masyarakat Lembah Indus juga telah berusaha meningkatkan meningkatkan mutu

bahan binaan

H6a iaitu batu bata bukan lagi dihasilkan dengan pemanasan cahaya matahari.

F7 Batu-bata yang dihasilkan adalah menggunakan kepakaran tenologi baru

H7a melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.

  1. Nyatakan aspek yang memperlihatkan sifat keterbukaan masyarakat Indus ? ( 6 Markah )

F1 Tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan mampu

mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.

F2 Hubungan dengan tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir telah membolehkan

kedua-dua belah pihak memperolehi manfaatnya dari segi teknologi dan sebagainya.

F3 Hubungan antara tamadun Indus dan Mesopotamia telahdisesuaikan dengan keadaan

dan Susana setempat.

F4 Tamadun Indus telah memperlihatkan kepada masyarakat moden hari ini bahawa keamanan adalah penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun.

F5 Kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk

mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

F6 Tamadun Indus telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam berbagai-bagai bidang

termasuklah perancangan Bandar, kegiatan ekonomi, aspek rohani dan keprcayaan.

F7 Keadaan ini adalah disebabkan adanya sumber asas kehidupan iaitu Sungai Indus,

selain itu kreativiti masyarakatnya menjadikan sumber tersebut punca kepada kejayaan.


a) Beri 4 amalan kepercayaan yang disembah oleh masyarakat shang ( 4 Markah )

F1 animisme

F2 politiesma.

F3 Mereka juga menyembah roh nenek moyang.

F4 Mereka juga menyembah tuhan syurga ( Shang-Ti )

F5 Tuhan bumi ( Tu ),

F6 penyembahan terhadap sungai, bukti dan gunung.

b) Bagaimanakah upacara penyembah masyarakat Hwang Ho dijalankan ( 2 markah )

F1 Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian, dan upacara korban.

F2 Ia diketua oleh seorang bomoh.

F3 Terdapat jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang.

F4 Tulang ini dikenali sebagai tulang oracle

F5 Berfungsi untuk meramal sesuatu keadaan.

a) Apakah fungsi tulang oracle ( 1 Markah )

F1 Tulang ini dikenali sebagai tulang oracle yang berfungsi untuk meramal sesuatu

keadaan.

b) Bagaimanakah upacara meramal dilakukan ? ( 3 markah )

F1 Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan

F2 akan meletakkan tulang ini di atas unggun api

F3 sehingga timbul rekahan

F4 ia ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.


FIRAUN BANYAK PENYAKIT (ting. 4)

Firaun Kaya Penyakit



AHLI arkeologi Mesir terkenal, Zahi Hawass berpengalaman selama lebih dua dekad dalam bidang kajian cari gali, sejarah dan budaya Mesir.


IMAGINASI kita mungkin membayangkan raja Mesir purbakala itu sempurna fizikal, gagah dan memiliki wajah yang tampan.

Namun, gambaran itu sangat berbeza pada salah seorang firaun paling terkenal, Tutankhamun yang lebih dikenali dengan gelaran Raja Tut.

Itulah yang berjaya dibongkar oleh sekumpulan saintis baru-baru ini.

Berasaskan kajian asid deoksiribonukleik (DNA) dan imbasan tomografi berkomputer (CT) selama dua tahun, nyatalah imej remaja lelaki yang menawan pada artifak Raja Tut jauh berbeza daripada jasad sebenar yang tersemadi.

Raja Tut terpaksa berdiri menggunakan tongkat kerana kakinya bengkok manakala bibirnya didapati sumbing.

Penemuan 130 batang tongkat di tempat persemadiannya membuktikan masalah kakinya itu.

Kaki bengkok

Bahkan cerita dia mati dibunuh kerana terdapat lubang pada tengkoraknya adalah tidak tepat. Dia sebenarnya mati akibat penyakit malaria yang telah melumpuhkan sistem imunisasi tubuhnya.

Raja Tut mula popular selepas mumia berusia 3,300 tahun itu ditemui pada tahun 1922 dengan limpahan barang kemas dan artifak, termasuk topeng emas di sisinya.

Raja Tut menjadi firaun ketika berusia 10 tahun pada 1333 Sebelum Masihi dan hanya sempat memerintah selama sembilan tahun sebelum meninggal dunia pada usia 19 tahun.

Lebih memeranjatkan, saintis mendapati sebahagian penyakit yang dihidapi Raja Tut merupakan penyakit keturunan.

Bapanya, Akhenaten sumbing bibir manakala datuknya, Amenhotep III mempunyai kaki yang bengkok dan menghidap penyakit pemberhentian darah ke kaki iaitu Kohler.

Penyakit genetik lain seperti skoliosis dan tulang belakang melengkung turut ditemui pada mumia-mumia lain daripada Dinasti ke-18 firaun.

Kalau sudah namanya penyakit genetik, tidak mustahil jika keturunan firaun terdahulu juga kaya penyakit seperti mereka.

Ujian DNA ke atas ratusan mumia itu juga mendapati beberapa mumia mempunyai persamaan penyakit iaitu diserang parasit malaria.

Sejarahwan perubatan dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat, Dr. Howard Markel berkata, sesetengah penyakit Raja Tut termasuk penyakit tulang terjadi akibat perkahwinan sumbang mahram.

"Kanak-kanak yang dilahirkan hasil perkahwinan sesama adik-beradik cenderung untuk menghadapi masalah genetik," lapor beliau dalamJournal of the American Medical Association (JAMA).

Sebenarnya, Raja Tut merupakan anak kepada firaun Akhenaten dengan adik kandung Akhenaten sendiri yang belum dikenal pasti. Wanita itu bukan isteri utama Akhenaten iaitu Permaisuri Nefertiti.

Sebelum ini juga terdapat spekulasi bahawa bapa Raja Tut ialah firaun Smenkhkare yang kurang dikenali.


WAJAH Raja Tut yang dibina semula menggunakan mesin pengimbas CT oleh sekumpulan saintis pada 2005.


Smenkhkare merupakan firaun yang memaksa seluruh rakyat Mesir menyembah tuhan matahari, Aten.

"Terdapat banyak kekeliruan tentang pewarisan takhta firaun dan mengetahui Tutankhamun merupakan pewaris langsung kini telah mengubah segalanya," kata Salina Ikram, seorang pakar mumia Universiti Amerika di Kaherah.

Mirip perempuan

Kajian terbaru itu turut mendedahkan bahawa dua janin yang bersemadi bersama Raja Tut mungkin merupakan anak-anaknya.

Ahli arkeologi Mesir, Zahi Hawass yang terlibat dalam kajian itu mengakui dia telah melakukan kesilapan selama ini apabila menentang ujian DNA dilakukan ke atas mumia-mumia.

"Saya tidak pernah terfikir yang kita akan memperoleh penemuan yang begitu hebat seperti ini," katanya.

Bagaimanapun, kajian tersebut menyangkal kenyataan sebelum ini yang mengatakan keluarga firaun mengalami penyakit pelik yang menyebabkannya berfizikal mirip perempuan.

Teori itu timbul daripada gaya artistik yang digambarkan pada patung-patung firaun yang mempunyai dada dan punggung yang menonjol serta wajah yang membujur.

"Nampaknya, Tutankhamun atau Akhenaten tidak mempunyai bentuk fizikal yang signifikan dengan teori itu," lapor saintis.

Projek DNA

Kini, pakar-pakar sedang berusaha untuk mengenal pasti siapakah adik Akhenaten yang merupakan ibu Raja Tut serta siapa pula isteri Raja Tut.

Projek DNA itu juga mahu mengenal pasti yang mana satukah mumia yang bernama Nefertiti, seorang permaisuri yang masyhur dengan kecantikannya.

"Belum terbongkar sepenuhnya, banyak lagi kajian yang perlu dilakukan," kata Hawass.

Pada masa ini, satu pameran firaun, Tutankhamun and the Golden Age of Pharaohs sedang berlangsung di San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Di situ, mumia Raja Tut, mumia yang dipercayai ibunya dan neneknya, Permaisuri Tiye turut dipamerkan.


RAJA Tut menghadapi masalah kaki bengkok.


Dr. Howard Markel, sejarahwan perubatan dari Universiti Michigan berkata: "Walaupun penemuan itu akan mencacatkan kisah kehebatan Raja Tut selama ini, ia tidak akan mengubah gambaran orang ramai terhadapnya.

"Dia jauh lebih terkenal kerana apa yang dimiliki dan yang dipakainya berbanding apa yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya."

Makam Raja Tut yang terletak di Lembah Raja-Raja di Luxor itu sendiri merupakan satu tarikan yang kuat di Mesir.

Ekonomi Mesir amat bergantung kepada perlancongan. Ia menyumbang kira-kira AS$10 bilion (RM35 bilion) kepada pendapatan tahunan negara itu.

Wednesday, March 10, 2010

Tahniah ...anda lulus Ujian Bulanan 1

Kelas 4B:

1.Racheal : 65 - Tahniah !
2.Faiqa :63
3.Mohd Nasharuddin : 55
4.Kanaga :50
5.Ummu Nur Haziqah : 48
6.Divvya : 45
7.Yuan Lik Sheng : 43
8.Nurul Farahani :43
9.Muhd Aqeem :43
10.Mohd Amirul :40
11.Faiznur :40
12.Tharini :40
13.Chua Rui Qi :40

Pelajar lain... teruskan usaha anda....anda juga mampu
dan boleh lulus seperti rakan anda di atas...