Friday, February 26, 2010

TINTA PENA PELAJAR LAMA.....

SEJARAH SEPATUTNYA MENARIK

Aku yakin purata rakyat Malaysia yang belajar di dalam sistem pendidikan Malaysia akan bersetuju dengan aku yang mengatakan sejarah adalah subjek paling membosankan, paling tidak cool, paling tidak menarik, paling dibencikan kerana perlu menghafal banyak fakta...tarikh penting dan sebagainya.

Ya....kirakan aku sekali. Aku benci sejarah. Tidak hairan apabila masa sekolah dulu, aku lebih suka subjek matematik kerana aku tidak perlu menghafal.. hanya perlu mengingati formula dan semua soalan akan nampak serupa. Yang dibedakan hanyalah nombor tetapi pengiraannya tetap sama.

Aku mula sedar menariknya sejarah apabila aku mula membaca buku-buku dan sejarah di internet mengenai kejadian 13 Mei. Kemudian aku membaca buku di luar alam persekolahan mengenai catatan kemerdekaan tanah Melayu dari British. Kemudian aku membaca pula kenapa Singapura berpisah dengan Malaysia selepas mendapat kemerdekaan dari British. Oh sungguh menarik. Sungguh mengasyikkan.

Aku mula tertanya-tanya, kenapa aku benci subjek yang begitu menarik ini di sekolah dulu? Aku tiada jawapan sehingga waktu makan tengahari semalam.

Aku berbual dengan rakan sepejabat yang berasal dari
Amerika dan Australia. Ya, si Janine dari Amerika dan Meredith dari Australia. Dan Janine mula bercerita mengenai menariknya sejarah pada zaman persekolahannya. Manakala aku dan Siew Yan mula mencebik bibir sesama sendiri kerana kami, tidak merasa keseronokan itu. Kami hanya dibebankan dengan semua hafalan tarikh tarikh yang akan masuk peperiksaan.

Kemudian Janine berkata oh come on guys, dun you curious how you got this delicious food and everything?’ Erm...yes we are. Tetapi sistem pendidikan Malaysia tidak berdasarkan how tetapi when and when and when again!

Kemudian Janine berkata yang sejarah merupakan subjek kegemarannya. Cikgunya menggunakan kaedah storyteller’ mengenai kejadian yang berlaku. Bila itu tidak penting, yang penting jalan ceritanya.

Haha. Berbeza sungguh dengan cikgu sejarah zaman aku sekolah dulu. Cikgu sejarah aku yang seramai 5-6 itu menggunakan kaedah buka buku teks...dan cikgu akan bacakan satu perenggan demi satu perenggan. Yang bagi aku rasanya, kewujudan cikgu sejarah tidak perlu langsung. Aku sudah pandai mengeja, selayaknya aku boleh membaca buku teks itu pada masa senggangku pada bila-bila masa sahaja. Tidak perlu seorang cikgu untuk membacakan sesuatu yang aku sendiri boleh baca.

Malah peperiksaan subjek sejarah itu sendiri berbeza. Di sini setiap tarikh itu penting. Tarikh, tahun Melaka di jajah British. Soalannya sendiri berbentuk objektif. Salah tanda terus salah. Sedangkan di Amerika, soalannya berbentuk karangan. Dan bukan soalan tarikh yang menjadi titik penting ceritanya.

Patutlah sekarang aku rasa sejarah menarik kerana aku tidak perlu menghafal tarikh, aku hanya perlu mengingati apa yang berlaku. Jadi aku nak mengekalkan pendapat pertama aku, Sejarah itu Menarik.....

Pena lama, student tua.


No comments:

Post a Comment