PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011
Sejarah 21/2
Sejarah 21/2
SEJARAHKERJA KURSUSKertas 2
Februari – Julai
1. Kertas ini mengandungi dua tugasan.
2. Tugasan 1(a) untuk Elemen 1, Tugasan 1(b) untuk Elemen 2 dan Tugasan 2 untuk
Elemen 3.
3. Calon mesti melaksanakan semua tugasan.
ARAHAN KEPADA CALON
1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah.
2. Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah dari bulan
Februari hingga bulan Julai 2011 berpandukan senarai semak.
3. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian. Tajuk kajianmestilah berkaitan dengan negara kita Malaysia.
4. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen untuk mendapat tahap pencapaian Kod 1,Kod 2 atau Kod 3. Sekiranya calon hanya melaksanakan satu atau dua elemen sahaja, calonhanya layak mendapat Kod 4.
5. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencaridan mengumpul fakta sejarah.
6. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secaraindividu.
7. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3.
8. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripadamana-mana pihak.
9. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halamanmengikut format yang ditetapkan.
10. Hasil kerja kursus calon hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer.
Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman,
saiz 12 dengan langkau 2.0.
11. Hasil kerja kursus calon hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.
12. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan.
13. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursusdilaksanakan.
14. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaansetiap elemen.
15. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai 2011.
TUGASAN 1
Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di negarakita berdasarkan satu daripada tajuk berikut:
(i) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)*
(ii) Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah*
(iii) Pentadbiran Komuniti Setempat*
(iii) Pentadbiran Komuniti Setempat*
(* Rujuk Lampiran)
(a) Dokumentasikan fakta sejarah yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
(b) Tulis hasil kajian anda berdasarkan aspek di bawah:
(b) Tulis hasil kajian anda berdasarkan aspek di bawah:
ASPEK | PERINCIAN |
Tajuk Kajian | Institusi pentadbiran tempatan. |
Senarai Kandungan | Senarai aspek kajian serta dicatatkan nomborhalaman secara tertib. |
Penghargaan | Penghargaan kepada pihak yang telah membantupelaksanaan kerja kursus. |
Objektif Kajian | Objektif kajian yang mencakupi tajuk tugasan / iktibar / pengalaman kajian. |
Kaedah Kajian | Menghuraikan kaedah kajian dari segi dapatan atauproses kerja. |
Hasil Kajian | 1 Institusi Pentadbiran Tempatan: - Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain - Lokasi - Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan - Carta organisasi dan senarai pentadbir 2 Latar Belakang: - Sejarah penubuhan (Asal usul / Tarikh /Pengasas) - Undang-undang tubuh / Undang-undangkecil / Garis panduan penubuhan - Perincian peranan / Tanggungjawab bidangtugas pentadbir - Cara pelantikan pentadbir tempatan |
3 Peranan: - Ekonomi - Pendidikan - Keagamaan - Kemasyarakatan - Kebudayaan - Perayaan - Pelancongan - Kebajikan (Pilih mana-mana empat aspek) 4 Perkembangan: - Sumber kewangan - Pembangunan prasarana / Fizikal - Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan - Kemajuan yang dicapai - Pengiktirafan / Penghargaan - Cabaran yang dihadapi - Perancangan masa hadapan - Saranan dan harapan (Pilih mana-mana empat aspek) | |
Rumusan | Unsur patriotisme yang diperoleh daripadakajian ini. Iktibar kepada diri calon, bangsa dan negara. |
Lampiran | Gambar, peta, dokumen dan bahan-bahan lainyang berkaitan. Tulis kapsyen di bawah setiap bahan lampiran yangdisertakan. |
Rujukan | Rujukan hendaklah ditulis dengan format yangbetul. |
TUGASAN 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsurpatriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negarakita?
LAMPIRAN
Senarai berikut adalah contoh pentadbiran tempatan. Kajian boleh dibuat terhadappentadbiran tempatan lain yang berkaitan dengan tajuk tugasan.
(a) Pihak Berkuasa Tempatan:
- Dewan Bandaraya
- Majlis Bandaraya
- Majlis Perbandaran
- Majlis Bahagian
- Jajahan / Residensi
- Majlis Daerah / Majlis Daerah Kecil
- Majlis Daerah Luar Bandar
(b) Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah:
- FELDA
- FELCRA / Rancangan Kemajuan Tanah Pinggir
- Petempatan KEDA
- KEJORA
- DARA
- KETENGAH
- KESEDAR
(c) Pentadbiran Komuniti Setempat:
- Mukim
- Kampung / Kampung Baru / Petempatan Orang Asli
- Taman / Kawasan Perumahan / Persatuan Penduduk
- Rumah Panjang
- Ladang / Estet
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR)
|
TUGASAN TAMAT
No comments:
Post a Comment