Saturday, November 27, 2010

Friday, October 29, 2010

MENGAPA KITA PERLU BELAJAR SEJARAH

Siri 2 : Di mana kekuatan Subjek Sejarah?

Kita sedia maklum banyak sebab mengapa pelajar kita tidak meminati subjek Sejarah. Terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Kebanyakannya menuding kepada diri pelajar seperti kurang bermotivasi,malas membaca, tidak faham kepentingan sejarah, menganggap terlalu banyak fakta perlu diingati dan sebagainya.

Bagi saya, Allah Maha adil. Setiap kesusahan ada kemudahan. Setiap kesempitan ada kesenangan. Tidak semua pelajar yang meminati atau menyukai sesuatu subjek walaupun subjek itu sangat penting seperti Matematik ,Sains, Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Kita tidak boleh memaksa semua orang pada perkara yang sama. Sepertimana bukan semua orang menggilai bola sepak,artis,satay , roti canai , nasi lemak dan teh tarik

Buktinya, bilamana saya membuat sportcheck, ada pelajar yang membawa hanya buku teks Sejarah. Semasa membuat rondaan, saya masuk ke kelas yang tiada guru. saya dapati ada sebilangan pelajar yang sedang asyik menyiapkan tugasan guru sejarahnya. Pernah semasa menemuduga bakal calon guru( semestinya bekas pelajar )beliau menyatakan Sejarah adalah mata pelajaran yang paling diminati. Bila tidak masuk kelas, ada pelajar yang bertanya mengapa tak masuk mengajar sejarah?. Ada pula yang berjanji untuk mendapatkan A dalam peperiksaan PMR dan SPM.

Semua ini membuktikan bahawa, masih ada pelajar yang Allah kurniakan minat untuk menerokai subjek ini. Setiap ilmu adalah dari Allah, maka kepada siapa yang Allah akan beri juga adalah kehendakNya. Kita sebagai guru juga telah ditentukan untuk menyampaikan ilmu Sejarah di sekolah.

Mengapa setiap kali keputusan PMR dan SPM keluar pelajar yang mendapat A juga semakin meningkat?. Ini menunjukkan sebenarnya di luar lingkungan kita masih ramai pelajar yang menggemari subjek ini. Maka kita kena cari bagaimana di sekolah lain pelajar dalam subjek ini terus meningkat.

Kita kena cari kekuatan itu. Di mana kekuatan tersebut. Jika dalam subjek yang bernama Matematik,Perakaunan, Asas Ekonomi , Biologi, Kimia dan lain-lain jelas sudah ada nilai komersialnya. Mempelajarinaya pun sudah merasa bangga apatah lagi lulus cemerlang. Hampir semua kolej,politeknik dan universiti menetapkan syarat dan keutamaan pada subjek tersebut untuk diterima masuk.

Ini kerana subjek tersebut bernilai untuk kursus dan bakal kerjaya yang diceburi.

Saya berpendapat, kekuatan subjek ini pada 2 perkara iaitu:

a) Guru sejarah itu sendiri

b) Isi kandungan subjek Sejarah

Saya amat yakin, kekuatan guru sejarah teramatlah penting untuk mengimbangi faktor luaran yang kurang menyokong subjek ini. Dengan kekuatan tersebut, isi kandungan sejarah yang diajar menjadi menarik dan hebat.

Ikuti sambungan Siri 3 : Kehebatan Guru Sejarah.

Wednesday, October 27, 2010

Tanpa Sejarah, tamatlah kisah manusia

AKHIRNYA subjek Sejarah atau Tawarikh mendapat tempat sewajarnya dalam sistem pendidikan negara. Setelah diumumkan sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013, menyusuli pula ia subjek teras di sekolah rendah bermula 2014.

Sejarah itu fakta dan tidak menipu sesiapa. Sarjana Barat, Robert V. Daniels memetik sejarah sebagai memori pengalaman sekelompok manusia. Jika ia dilupakan atau dibiarkan, maka tamatlah kisah tentang manusia. Tanpa sejarah, kita tiada pengetahuan terhadap siapa kita atau bagaimana kita menjadi seperti ini.

Sejarah adalah rakaman masa lalu yang menggambarkan emosi, nilai, kesesuaian yang membolehkan hidup kita lebih bermakna, untuk terus berjuang atau untuk mati.

Dengan mengkaji peristiwa-peristiwa masa lalu, maka akan mewujudkan semangat ketaatan kepada negara, agama mahupun kelas-kelas dalam masyarakat.

Justeru, sejarah tidak dapat dipisahkan dari rentetan kehidupan manusia masa lampau hinggalah kini. Ia merupakan satu interaksi berterusan yang tiada penghujungnya.

Hakikatnya, kepentingan sejarah telah dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran al-Karim. Ulama menganggarkan kira-kira satu per enam daripada al-Quran terdiri daripada kisah-kisah sejarah.

Salah satu contoh ayat al-Quran yang menyentuh tentang sejarah yang disebut sebagai 'kisah' menerusi terjemahannya: ''Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan al-Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan)nya adalah termasuk orang yang belum mengetahui."

Oleh itu, sewajarnyalah subjek Sejarah ini nanti memberi tumpuan kepada topik Perlembagaan Persekutuan serta kemerdekaan tanah air bagi menyuntik semangat cintakan negara di kalangan generasi muda. Barangkali, ada yang sudah lupa akan pahit-jerih Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memperjuangkan kemerdekaan negara. Tunku tidak berhasil memperolehnya pada 1954 ketika mengetuai satu rombongan ke England.

Pada tahun berikutnya, Pilihan Raya Persekutuan umum diadakan dan Parti Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi. Dengan kemenangan itu, Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri pertama Tanah Melayu dan mengetuai satu lagi rombongan pada 1955. Akhirnya, England memberi kemerdekaan tanah air pada 31 Ogos 1957, yang yang mana Tunku mengisytiharkan buat pertama kali pada 20 Februari 1956 di Bandar Hilir, Melaka.

Topik Perlembagaan Persekutuan juga harus diberi keutamaan dalam subjek teras Sejarah kelak. Profesor Robert Park, ahli sosiologis hubungan etnik dalam bukunya The Nature of Race Relations (1950) menegaskan, hubungan etnik secara lumrahnya akan wujud bila dua atau lebih kumpulan yang berbeza budaya, agama dan adat berada dalam ruang yang sama. Dua kerangka utama yang sering digunakan untuk memahami hubungan etnik ialah model asimilasi dan juga model pluralisme.

Asimilasi merujuk kepada usaha untuk meningkat kebersamaan dan keserasian antara etnik di sesebuah negara. Justeru, Perlembagaan Persekutuan dibentuk untuk mewujudkan kebersamaan tersebut. Penarafan bahasa Melayu sebagai entiti rasmi negara adalah strategi untuk membina kebersamaan tersebut.

Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih.

Dengan itu, akan timbul sikap waspada dalam diri semua kelompok masyarakat kerana melalui pembelajaran Sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna.

Tuesday, October 19, 2010

Tentera Jepun kena 'dera'


TENTERA Jepun memang kejam. Mereka memancung kepala, menyuruh minum air sabun, menikam dengan bayonet, mengerah menjadi buruh paksa dan membakar hidup-hidup sesuka hati.

Itu sudah biasa kita dengar kala berbicara tentang keganasan tentera Jepun ketika menjajah Tanah Melayu lebih enam dekad lalu. Sehinggakan frasa 'penampar Jepun' pun masih melekat hingga hari ini.

Namun, sekejam-kejam tentera Jepun, ada juga dalam kalangan mereka yang pengsan apabila giliran mereka pula 'didera'.

Cerita sejarahwan, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim, apabila Jepun mengaku kalah dan tentera British kembali ke Tanah Melayu, tentera Jepun yang ditawan telah dipaksa membersihkan kawasan bandar dan ada juga yang dihukum berlari.

Di Teluk Intan, Perak misalnya, tentera Jepun yang ditawan telah dipaksa oleh tentera British untuk mengutip sampah di bandar itu dan diarah berlari sejauh 42 kilometer dari Teluk Intan ke Bidor.

"Masa itu umur saya lapan tahun. Tentera Jepun sudah mengaku kalah dan akan berundur.

"Sementara menunggu detik untuk dibawa pulang ke tanah air mereka, tentera British telah 'mengenakan' mereka.

"Saya nampak puluhan tentera Jepun dipaksa kutip sampah dan berlari begitu jauh. Sampai ada yang pengsan.

"Mereka yang pengsan kemudian dicampak ke dalam lori," kata Kay Kim, 73, kepada Jurnal saat diminta mengimbas peristiwa Jepun mengaku kalah pada 1945.

September ini, genap 65 tahun berakhirnya derita penduduk Tanah Melayu daripada cengkaman Jepun dan tamatnya polemik militari global, Perang Dunia Kedua amnya.


UPACARA serah kuasa Jepun kepada British yang berlangsung di Victoria Institution, Kuala Lumpur 65 tahun lalu.

Kapal Amerika Syarikat, USS Missouri menjadi saksi usainya perang itu apabila Jepun memeterai dokumen mengaku kalah di atas kapal itu pada 2 September 1945.

Victoria Institution

Gugurnya bom atom yang meranapkan bandar Hiroshima dan Nagasaki beberapa minggu sebelum itu memberi tekanan kepada Negara Matahari Terbit itu dan mendorong kepada kekalahannya.

Di Tanah Melayu, Jepun mengaku kalah secara rasminya pada 12 September 1945 apabila dokumen serah diri Jepun ditandatangani di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Upacara yang sama turut berlangsung di Singapura.

Sambung Kay Kim, pada masa itu, penduduk Tanah Melayu kebanyakannya kanak-kanak berkumpul di jalanan untuk melihat tentera Jepun membersihkan bandar.

Tentera-tentera British pula yang kebanyakannya dari India mengagih-ngagihkan coklat dan gula-gula kepada kanak-kanak.

"Seluruh Tanah Melayu menyambut berita kekalahan Jepun dan kembalinya British dengan jiwa yang gembira.

"Ini kerana, selain menderita hidup dijajah Jepun, hakikat bahawa Jepun tidak melakukan apa-apa untuk kemajuan Tanah Melayu cukup mengecewakan.


BANDAR Hiroshima yang musnah dibom oleh tentera Amerika Syarikat pada 6 Ogos 1945.

"Ekonomi negara ini sangat teruk semasa Jepun menjajah sehingga harga barang terlampau mahal.

"Duit Jepun iaitu 'duit pisang' juga seperti tidak ada nilai kerana ia dicetak sesuka hati," katanya. Kay Kim dilahirkan di Kampar dan dibesarkan di Teluk Intan.

Bercerita tentang tentera Jepun, Kay Kim mengakui kekejaman mereka. Beliau dan keluarga bahkan pernah melarikan ke dalam hutan untuk menghindari tentera Jepun.

Beliau juga menyifatkan tentera Jepun kuat, menggunakan peralatan senjata setanding Barat, berstrategi rapi dan setia kepada maharaja.

Pedang

"Mereka mungkin kejam dan kasar kerana mereka tentera. Orang Jepun yang datang ke negara kita bukan orang awam.

"Mereka kasar dan ganas kerana mereka memang dilatih sebagai tentera.

"Mereka juga kuat. Kalau mereka tak kuat macam mana mereka boleh tenggelamkan dua kapal perang British, HMS Prince of Wales dan HMS Repulse? Mereka menakluk negara kita hanya dalam masa dua bulan.

"Apabila Jepun kalah dan maharaja Jepun arahkan mereka serah kalah, mereka mengaku kalah atau bunuh diri dengan melakukan harakiri iaitu menikam perut sendiri dengan pedang samurai mereka," kata Kay Kim.
Berpelajaran Tidak Berpendidikan|


“Ramai yang beranggapan bahawa kalau belajar Sains dan Matematik, boleh jadi kaya. Boleh buat duit. Orang sudah tidak pentingkan bidang Sejarah, bidang Geografi. Geografi sudah hampir tiada di sekolah sebab ia tidak mendatangkan keuntungan”, rungut Prof. Khoo Kay Kim dalam Buletin Utama malam tadi.

Buletin Utama membangkitkan isu kegagalan sistem pendidikan kita berfungsi melahirkan modal insan, sebagaimana yang diharapkan oleh negara.

Pelajar hari ini berpelajaran tetapi tidak berpendidikan.

Apa maknanya itu? Biar pun saya sedikit kebingungan dengan penjelasan Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz tentang beza berpelajaran dan berpendidikan, tetapi mesejnya jelas. Kita mengukur kecemerlangan dari jumlah A yang terkumpul, hingga ada sekolah yang menyekat pelajar dari mengambil mata pelajaran tertentu di dalam peperiksaan SPM, demi untuk tidak menjejaskan rekod cemerlang sekolah!


S. Subashini,12, a student of Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Simpah died in hospital, a day after she was found hanging from the ceiling of her room. [The New Straits Times Online]

Lupakah kita kepada berita terburuk sepanjang 2007 apabila S. Subashini, 12, dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sempah ditemui mati, membunuh diri kerana gagal mendapat A dalam kesemua peperiksaan UPSR yang lalu.

Sejauh mana isu ini diperbahaskan?

Sejauh mana kematian S. Subashini dibedah siasat puncanya? Atau ia hanya sekadar satu isu yang datang dan pergi? Tidakkah gila masyarakat kita hari ini, boleh melupakan kematian seorang anak muda seusia 12 tahun yang mati kerana kurang cemerlang dalam UPSR?

Sesungguhnya berita itu benar-benar menjadikan saya kecewa dan hampir putus harapan terhadap masa depan negara ini. Lebih-lebih lagi dengan komen simplistik semua pihak yang ditemui oleh pihak media. Sedangkan kes adik S. Subashini sepatutnya menggegarkan seluruh sistem pelajaran Malaysia, izinkan saya menggunakan perkataan rasmi ‘pelajaran’ biar pun jiwa ini lebih mencari nilai sebuah ‘pendidikan’.

“Modal insan bukan bertujuan untuk melahirkan pekerja semata-mata. Kita sepatutnya berusaha memastikan adanya generasi muda yang boleh berfikir dan mencipta idea. Itu tujuan terpenting bagi mana-mana sistem pendidikan bagi sebuah negara”, komen Profesor Khoo Kay Kim lagi.

Siapakah yang mahu bersungguh-sungguh berfikir tentang hal ini?

DIIPETIK DARI :http://saifulislam.com/?p=1232
ADOLF HITLER TIDAK PERNAH MEMUSUHI ISLAM? - DARI SUDUT KISAH YANG JARANG KITA DENGAR

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...



Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...








Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Dipetik dari :http://myadha.blogspot.com/2010/07/adolf-hitler-tidak-pernah-memusuhi.html

Friday, September 17, 2010

Nama Dahulu , Nama Sekarang

Nama Dulu, Nama Sekarang

"Apa nama sebenar Parsi sekarang ustazah?" "Entahlah." Anda pernah tak bertemu situasi seperti ini semasa belajar sejarah? Sebenarnya antara kesulitan belajar sejarah ialah perubahan nama dahulu dan nama yang sedia ada sekarang. Maklumlah kita pun membaca buku yang ditulis ratusan atau ribuan tahun yang lalu seperti Imam al-Tabari, Ibn Hisyam, Ibn al-Athir dan lain-lain. Saya kata sulit, bukan bermakna tiada jawapan atau jalan keluarnya. Kita perlulah buat kerja lebih, buat sedikit rujukan.
Saya akan bawakan beberapa contoh nama-nama yang mengalami perbezaan. Atau kadang-kadang mempunyai pelbagai nama. Kadang-kadang berbeza dalam buku bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Contohnya.

Parsi :Iran
Anatolia: Asia Kecil atau Turki
Andalus :Sepanyol
Afranj :Eropah
Yunan :Greek (Tamadun Yunan=Tamadun Greek)
Syam :Palestine, Lubnan, Jordan dan Syria
Gaul :Perancis
Tanjah : Tangier
al-Daybul :Karatchi

Kadang-kadang ada perbezaan antara catatan Arab dan Inggeris
Ibn Sina :Avicena
Ibn Rusyd :Averoz

Sebenarnya banyak lagi, cuma ini adalah sebagai contoh sahaja. Pastikan jika kita sedang membaca buku sejarah, bersama kita juga perlu ada Atlas. Jika tidak, maka kita akan hanya menjadi pembaca semata-mata tetapi bukan pengkaji sejarah

Rujukan :http://ibrahsejarah.blogspot.com/search/label/Sejarah

Thursday, September 16, 2010

SEJARAH VS GEOGRAFI

Tarikh VS Geografi...

Tarikh dan Geografi di sisi orang Arab

Orang Arab sebelum Islam tidak mengetahui ilmu berkaitan melukis peta. Tetapi selepas Islam, mereka mula menguasai ilmu tersebut.
Ilmuan Arab Islam memandang Ilmu geografi dan sejarah adalah dua ilmu yang tidak berpisah. Seorang sejarawan tidak dianggap mantap keilmuannya jika tidak mempunyai ilmu yang jitu berkaitan dengan ilmu geografi. Geografi adalah ilmu berkait dengan tempat dan sejarah ilmu berkait tentang masa.
Adapun manusia itu sendiri merupakan topic dalam ilmu geografi dan sejarah itu sendiri

SIAPA YG MULA-MULA MELAKAR PETA DUNIA?

Siapa yang mula2 melakar peta dunia?

Pendapat yang masyhur menyebut bahawa orang Arab telah mengambil ilmu peta daraipada Greek. Iaitu peta yang lahir dari Ptolemy.

Sebenarnya peta-peta yang dihasilkan oleh ilmuan Arab Islam adalah tulin dan tidak dicedok daripada mana-mana. Peta mereka dihasilkan berhubung tempat-tempat yang ditulis oleh ahli geografi Arab berpabdukan rihlat (pengembaraan) dan apa yang mereka lihat secara langsung.

Adapun yang mereka ambil daripada Greek ialah tentang pembahagiaan bumi yang berkaitan peta falak. Antara ahli geografi Islam yang mngambil ilmu Greek ialah al-Khawarizmi, al-Battani dan al-Idrisi.

Peta bumi yang dinisbahkan kepada Ptolemy sebenarnya bukan daripada beliau kerana nas geografi Ptolemy yang diterjemah daripada bahasa Yunani kepada latin tahun 1406M tidak mengandungi sebarang lakaran peta.
Peta lakaran bumi/dunia oleh al_Idrisi merupakan peta pertama paling lengkap yang pernah dihasilkan oleh manusia. Setiap buku geografi Arab berpegang secara asas kepada peta-peta dan ramai antara mereka yang memulakan dengan melukis peta, kemudian mengarang buku sebagai huraian dan penerangan.
Ibn Hawqal dalam bukunya ‘Surah al-‘Ardh’ menjadikan peta sebagai asas dan buku sebagai penerangan.

Lihat Husayn Mu’nis: Atlas Tarihk Islam

Sunday, September 5, 2010

SUBHANALLAH, ALLAHU AKBAR !

Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan
pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..

Dikemaskini lebih kurang 3 minggu yang lalu · Laporkan Nota
PETUA MEMIKAT GURU (SIRI 4)

Petua keempat untuk memikat hati guru ialah ‘tumpukan sepenuh perhatian’semasa guru sedang mengajar. Hmmm… saya percaya anda tentu pernah mendengar tentang petua ini. Namun, tahukah anda bagaimana caranya untuk memberi sepenuh tumpuan? Tahukah anda tumpuan bagaimanakah yang akan membuat hati guru terpikat kepada anda?

1. Perkara yang paling penting untuk anda amalkan mulai hari ini ialah, apabila guru anda mula mengajar, berhenti daripada melakukan perkara lain. Bila saya kata berhenti, maksudnya berhenti semua sekali aktiviti yang boleh mengganggu konsentrasi anda semasa belajar. Berhenti daripada mencari pen atau pensil, berhenti mencari buku, berhenti mengalihkan kedudukan meja, berhenti bercakap dengan kawan di sebelah, berhenti membetulkan kedudukan rambut anda, berhenti makan gula-gula dan sebagainya. Pendek kata, 100% perhatian anda mesti diberikan kepada guru anda.

Kesan utama amalan ini ialah anda tidak akan terlepas apa-apa penerangan daripada guru anda. Selalunya, 5 hingga 10 minit pertama dalam sesi pembelajaran adalah yang paling penting. Ini kerana, jika anda terlepas penerangan awal, anda akan terus tidak faham hingga ke akhirnya. Sama seperti apabila anda menonton tayangan gambar, apa akan jadi jika anda terlepas permulaan cerita itu? Adakah anda akan faham cerita itu?



Menurut pengalaman saya sendiri sebagai guru, saya akan merasa marah apabila pelajar sibuk dengan perkara lain semasa saya mula mengajar. Ini kerana, apabila tiba masa membuat latihan nanti, pelajar-pelajar inilah yang akan merungut dengan perkataan ’susah’, ‘pening’, ‘tak faham’, ‘ tak boleh buat’ dan sebagainya. Apa yang membuat saya marah ialah, mereka tidak faham bukan kerana mereka tidak ada kebolehan untuk memahami tetapi kerana mereka mempunyai tabiat yang tidak mahu memberikan tumpuan. Pelajar-pelajar ini selalunya akan mengganggu konsentrasi pelajar lain pula.

2. Memberikan tumpuan tidak bermakna anda hanya duduk diam tidak bersuara. Anda boleh bertanya jika anda kurang faham. Angkat tangan dan tanya dengan sopan tentang apa yanganda tidak faham. Seorang guru yang baik akan menjawab soalan anda dengan sopan juga dan bantu anda untuk memahami apa yang sedang diajarkan.

3. Beri tumpuan dengan cara duduk yang betul. Bayangkan bagaimana cara seorang yang malas duduk belajar. Tentu dia kelihatan tidak selesa bergerak ke sana ke sini dan menyandar di kerusi seperti sedang letih dan mengantuk bukan? Jika guru melihat anda duduk dengan cara ini semasa belajar, guru akan rasa ada tidak berminat dan tidak menumpukan perhatian kepada apa yang diajarkan. Jadi, jangan duduk begini. Bayangkan cara duduk seorang pelajar cemerlang. Mereka selalu duduk dengan selesa, tegak dan tubuh mereka ke depan sedikit (tidak menyandar). Bayangkan.

Hanya dengan mengubah cara anda duduk sebenarnya sudah boleh memikat hati guru anda kerana anda kelihatan benar-benar mahu belajar. Adapelajar yang bertanya saya mengapa guru tidak suka mengajar pelajar yang tidak pandai? Sebabnya bukan kerana pelajar itu susuah diajar tetapi ada kemungkinan pelajar itu tidak menunjukkan rasa minat dan tidak menunjukkan yang dia menumpukan perhatian kepada apa yang diajarkan. Selamat mencuba.

p/s Saya pernah lihat pelajar yang bersandar ke kerusi (seperti seorang bos sedang menemuramah pekerja) semasa bertanya soalan kepada cikgunya. Cara duduk begini semasa mengajukan soalan membuat pelajar itu kelihatan seperti seorang yang sombong dan berlagak di depan gurunya, walaupun saya percaya pelajar itu tidak bermaksud begitu. Jika anda mahu tanya soalan semasa duduk, tegakkan badan, gerakkan tubuh anda kedepan sedikit (lean forward) dan tanya soalan dengan sopan.

Selamat mencuba

Thursday, August 26, 2010

PESAN CIKGU : ARAS PENILAIAN KOGNITIF PELAJAR

TAKSONOMI DAN DOMAIN
Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

1) Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.

2) Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.

3) Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.

4) Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.

5) Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.

6) Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.

Taksonomi Solo

Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the Observed Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi.

Aras Taksonomi Solo

1) Prestructural
Jawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.

2) Unistructural
Jawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.

3) Multistructural
Jawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.

4) Relational
Jawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.

5) Extended Abstract
Jawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumat
tambahan.

Taksonomi Krathwohl

Taksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.

Aras taksonomi Krathwohl

1) Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

2) Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3) Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4) Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Dipetik dari :http://cikguit.blogspot.com/2009/05/taksonomi-dan-domain.html

Sunday, August 15, 2010

MENGAPA PERLU BELAJAR SEJARAH?

Siri 1: Salahkah Pelajar Kita?

Bukan menjadi satu rahsia lagi bahawa majoriti pelajar memang tidak meminati subjek ini. Syabas kepada guru-guru yang masih setia dan bersemangat untuk terus mengajar subjek kritikal ini. Kritikal sehinggakan subjek ini dijadikan subjek teras dalam sistem pendidikan negara kerana hanya dengan cara inilah maka pelajar terpaksa mempelajarinya. Andaikan subjek ini dijadikan subjek elektif, kita wajib percaya banyak sekolah yang tidak memilihnya. Apatah lagi pelajar…seperti mengantuk disorongkan bantal !.

Bukan salah pelajar sahaja mengapa berlakunya keadaan ini. Antara faktor yang boleh kita nyatakan ialah perubahan dunia atau zaman itu sendiri yang tidak boleh kita elakkan. Manusia alaf sekarang memang memerlukan teknologi, saintifik dan ICT.Maka mana-mana subjek berbentuk kemanusiaan akan surut dan tenggelam. Tidak lagi menjadi keutamaan dalam pemilihan kursus dan pekerjaan,terutamanya subjek Sejarah.

Tanyalah pada ibu bapa: jika diberi pilihan mahukan anak mereka A dalam Matematik atau Sejarah?...tentu jawapannya A dalam Matematik..Malah dapat C untuk Matematik dianggap lebih membanggakan daripada A dalam Sejarah..Untuk keperluan dan tuisyen subjek Sains Matematik, ibu bapa sanggup menyediakannya. Namun untuk membeli buku teks atau latihan Sejarah sangatlah berkira dan banyak tanya.

Selidiki, berapa peruntukan untuk subjek Sains dan Matematik berbanding subjek kemanusiaan. Tentu kita masih ingat PPSMI. Sebuah sekolah biasa sahaja mendapat peruntukan sekitar RM500,000.00 untuk P&P subjek Sains dan Matematik. Akseksori berupa komputer riba, latihan, kursus dan elaun khas untuk guru-guru yang terlibat dalam PPSMI menyebabkan mulut guru Bahasa , Teknik Vokasional dan Sains Kemasyarakatan melopong luas !.

Bila penempatan guru baru, . Adakakah lagi guru yang opsyen Sejarah?. Ada?. Entahlah, setahu saya seperti mencari semut hitam di waktu malam. Yang ramai tentunya dari subjek lain, terutamanya opsyen Sains Matematik. Maka apabila jadual waktu diedarkan, mereka yang opsyen Sains Matematik berkerut dahi kerana mengajar Sejarah,Geografi ,Bahasa Melayu , PSV.Moral atau Pendidikan Agama Islam !. Ini benar-benar terjadi...bukannya cobaaan..


Tunggulah kalau ada guru GSTT yang sampai. Merekalah yang akan menjadi guru sejarah baru...tanpa latihan tanpa pengalaman langsung berkaitan P&P khususnya Sejarah.

Siapa yang menjadi mangsanya?. Pelajar. Kenapa? Pemberatan Kementerian Pelajaran terhadap subjek tertentu sangat berbeza, sikap ibu bapa itu sendiri dan guru yang mengajar bukan opsyen menghasilkan pelajar yang kita hadapi sekarang. Bayangkan jika berada di tempat mereka(pelajar)

Saya sudah biasa bertemu dengan guru-guru yang tidak berminat, merungut-rungut ,tidak tahu malah menangis dan menolak untuk mengajar Sejarah kerana bukan bidang yang diambil semasa di universiti dahulu. Jadi anda bayangkanlah bagaimana mereka ini mengajar di dalam kelas !. Mereka mengajar kerana terpaksa.....

SALAHKAH PELAJAR KALAU MEREKA BOSAN DAN TIDAK BERMINAT DENGAN SUBJEK SEJARAH ?.....
PETUA MEMIKAT GURU ...SIRI 3



Petua 3

Petua ketiga untuk memikat hati guru ialah ‘timbulkan minat untuk belajar’. Jika saya tanya anda, apakah fungsi dan peranan seorang guru?…….. tentulah untuk mengajar bukan? Jika anda mempunyai minat untuk belajar, anda akan membuat guru anda mampu memenuhi peranan mereka.

Saya banyak mendengar rungutan pelajar mengatakan bahawa kebanyakan guru lebih suka mengajar di kelas-kelas elit atau kelas utama di sesebuah sekolah. Kata pelajar ini, guru suka mengajar mereka kerana mereka sudah pandai dan senang diajar. Saya percaya tanggapan ini kurang tepat.

Saya boleh percaya bahawa guru lebih suka mengajar kelas elit namun ia bukan kerana?pelajar itu semua?sudah pandai dan memudahkan kerja guru. Sebab utamanya ialah pelajar di kelas elit selalunya menunjukkan semangat dan keinginan untuk belajar yang tinggi. Mereka begitu berminat untuk belajar dan dengar dengan bersungguh-sungguh apa yang guru mereka ajarkan. Apabila pelajar menunjukkan rasa minat untuk belajar, guru akan bertambah minat untuk mengajar.



Susahkah untuk menunjukkan minat untuk belajar? Hmmm…. mungkin susah jika anda langsung tidak berminat untuk belajar. Soal diri anda sendiri, mengapa anda perlu belajar dan mengapa anda perlu kuasai apa yang mahu anda pelajari? Jika anda tidak boleh minat kepada apa yang guru anda ajarkan, anda tidak boleh memikat hati mereka.

Mulai hari ini, timbulkan rasa minat anda pada apa yang anda pelajari. Cari sebab mengapa anda perlu suka apa yang anda pelajari. Fikirkan bagaimana anda boleh gunakan apa yang anda pelajari sekarang dan di masa hadapan. Buat semua kerja dan latihan?yang guru anda suruh. Ini dapat menunjukkan kesungguhan dan minat anda.
SEKALI AIR BAH, KURIKULUM BAKAL BERUBAH

Setiap perubahan memang ada pro dan kontra. Bila Pak Menteri baru maka akan ada perubahan yang berlaku. Perubahan yang paling mendapat ulasan adalah yang berkaitan dengan sistem pendidikan.

Mengapa?. Kerana ia melibatkan kira-kira 400,000 guru, 6 juta pelajar dan 10 juta ibu bapa !. Bayangkan berapa banyak wang peruntukan untuk perubahan itu..... Itu baru bertukar menteri..bagaimana jika bertukar kerajaan?

Apapun akhirnya nanti, guru juga yang perlu berkorban untuk menjayakannya. Surat untuk menghadiri kursus,mesyuarat,
meja bulat,seminar dan sebagainya pasti menyusul.. Maka waktu P&P,hujung minggu atau cuti akan diisi dengan perkara-perkara tersebut.

Maka bertambahlah senarai guru relief (tak cerita lagi guru cuti bersalin ,sakit,berkursus,kahwin,cuti tanpa gaji,PJJ dll).Syilibus tak habis,pelajar tak belajar spt dalam Jadual Waktu rasmi...

Kes ponteng bertambah,kes disipin tertunda dan berlipat ganda.Ada sekolah terputus bekalan air dan letrik berbulan / bertahun, guru tak cukup, kalau ada pun langsung bukan opsyen...Guru matematik mengajar BM, guru kimia mengajar Sejarah, guru biologi mengajar senilukis,guru sains mengajar Pend.Agama Islam!

Perubahan memang menuntut pengobanan. Pengorbanan akan menghasilkan kejayaan. Kejayaan itu sangat manis.
Rasa manis itu hanya dirasai oleh orang yang ikhlas. Ikhlaskah semuanya?. Dari pembuat dasar,pelaksana dan penerimanya?

PERUBAHAN MANAKAH YANG PALING UTAMA
GURU PETANG BERPRESTASI RENDAH?

1. Seorang penceramah dalam kursus yang saya hadiri berkata bahawa guru sesi petang selalu dimomokkan sebagai guru berprestasi rendah. Pada masa yang lain beliau turut mengakui bahawa sesi petang adalah tempat longgokan guru bermasalah.

2. Saya tidak tahu sama ada sudah dibuat kajian atau penyelidikan tentang hal ini sehingga sesi petang selalu dikaitkan dengan stigma negatif seperti itu. Dari mana beliau mendapat sumber ini?

3. Siapakah memulakan ungkapan penuh rendah ini kepada guru-guru sesi petang? Adakah PK Petang yang dulunya dikenali dengan Penyelia Petang? Atau adakah guru-guru petang sendiri? Atau pelajar petang? Atau ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar di sesi petang? Tidak mungkin.

4. Atau ada di kalangan pengetua sendiri yang memomokkan hal sedemikian kerana marahkan seorang dua guru sesi petang yang tidak menunjukkan komitmen yang sepatutnya?

5. Adakah pengetua berkenaan memang sudah setkan dalam mindanya bahawa guru sesi petang memang teruk? Atau adakah dia meletakkan cabaran kepada sesi petang? Atau dia mahu berkata pagi sebenarnya jauh lebih ok daripada petang?

6. Saya harapkan bukan pengetua yang memulakan momokan seperti ini. Jika benarlah pengetua yang berkata demikian, siapakah guru petang itu bagi pandangannya. Adakah mereka daripada entiti atau segmen yang berbeza dan terpisah daripada sekolah yang beliau sendiri adalah pemimpin instruksionalnya?

7. Siapakah yang menghantar guru berkenaan ke sesi petang? Jika tahu guru itu “teruk” mengapakah dia dihantar ke sesi petang?

8. Mereka yang berkata bahawa guru sesi petang berprestasi rendah, tetapi mereka juga yang meletakkan harapan yang tinggi kepada sesi petang dengan mengatakan bahawa baik petang, baiklah pagi.

9. Ironisnya setelah mereka sendiri menolak guru itu ke sesi petang mereka memberi tekanan kepada guru-guru sesi petang bahawa anda harus menunjukkan prestasi yang baik.

10. Bukankah guru itu pernah berada terus di bawah tangan mereka? Jika mereka sendiri gagal untuk membentuk guru tersebut, bagaimana pula mereka boleh menyalahkan sesi petang jika berlaku kekurangan?

11. Sebaliknya jika guru sesi petang menunjukkan prestasi yang hebat adakah Pengetua jenis ini akan memuji PK Petang mereka dengan mengatakan anda memang hebat kerana berjaya membentuk guru seperti itu?

12. Walau apa pun alasannya, sehingga kini apa yang didakwa itu hanyalah mainan perasaan dan emosi atas tanggapan dan persepsi per se.

13. Bagi saya baik sesi petang dan sesi pagi, guru-guru ini saling lengkap melengkapi dan bantu-membantu. Tidak ada yang lebih hebat daripada yang satu lagi.

14. Yang penting ialah bagaimana Pengetua di sekolah dua sesi menangani hal ini dengan penuh bijaksana tanpa menimbulkan sentimen sesi pagi dan sesi petang dan memberikan fokus kepada suatu pihak atau suatu sesi sahaja.

15. Saya tetap melihat kesalahan dan kelemahan boleh datang daripada sesiapa sahaja, baik daripada guru sesi pagi mahupun guru sesi petang. Begitu juga kelebihan dan keistimewaan, boleh ada pada sesiapa sahaja.

16. Baik anda guru pagi atau petang, anda patut disibukkan dengan urusan menggali potensi pelajar daripada terbawa-bawa dengan sikap mencari salah dan kelemahan orang lain.

17. Sebagai PK Petang saya berterima kasih kepada guru-guru saya dan saya ingin katakan kepada mereka bahawa anda memang hebat sebab anda penyabar dan berjiwa keibuan, jika tidak, anda tidak akan bertahan di sesi petang yang memang banyak menduga.

Dipetik dari laman Cikgu Bashid :http://gurubashid.com/blog/pengurusan/guru-sesi-petang-berprestasi-rendah.html
SETIAP SUBJEK ADA SEJARAHNYA..



NASIB SUBJEK KEMANUSIAAN...

MATAPELAJARAN YANG TERABAI

Penekanan yang teramat menggila ke atas sains, teknologi dan matematik menyebabkan subjek Geografi (dulunya ilmu ALAM) terpinggir. Guru baru yang opsyen geografi tak ada langsung, hanya segelintir sekolah yang dapat menawarkan geografi untuk murid tingkatan 4 dan 5 . Itu pun nasib baik ada guru opsyen geografi yang hampir pencen. Subjek yang sebegini penting dan padat dengan ilmu mengenai alam ( iaitu tempat tinggal manusia ) , sudah tidak diberi tempat yang sewajarnya. Akibatnya semakin ramai manusia yang tidak memahami selok belok bumi ini , kejahilan ini boleh menyebabkan pelbagai malapetaka…..(matapelajaran ‘angkasa’ tu boleh tangguhkan dulu)

Satu lagi subjek yang menghadapi nasib yang sama ialah Pendidikan Seni. Bagi sesuatu kelompok murid, hanya segelintir sahaja yang mampu mempelajari sains tulen dan matematik tambahan dan ini sudah pun di kumpulkan disekolah-sekolah asrama penuh. Biarlah sekolah biasa, macam sekolah saya membina murid yang lebih cenderung kepada matapelajaran kemanusiaan saperti seni dan geografi. Saya yakin, jika ada guru opsyen, ramai murid boleh cemerlang dalam subjek-subjek ini diperingkat SPM. Lagi pun dari pemerhatian saya, ramai murid yang lemah ini pandai melukis ( ‘menconteng’). Jika dibimbing, tentu mereka boleh berjaya dan suka belajar. Sekolah tidak lagi begitu membosankan, dan kalau boleh janganlah kita selalu menyebut doktor dan jurutera sahaja sebagai orang yang berjaya. Terguris hati anak murid kita yang lemah otak kiri tapi cerdas otak kanannya



Dipetik dari blog Cikgu Yati...
PENGORBANAN GURU


Terpaksa naik perahu, meredah ombak Laut Sulawesi untuk ke sekolah

ALUNAN ombak Laut Sulawesi di celahan puluhan pulau terpencil di daerah Semporna, Sabah tidak pernah menjanjikan kebahagiaan untuk golongan pendidik dari Semenanjung atau dari wilayah lain.

Pada ketika angin dari pelbagai penjuru mengubah wajah ombak menjadi gulungan ganas menghempas perahu, mahu saja si pendidik meninggalkan pulau terpencil itu untuk pulang ke Semenanjung sambil melupakan khidmat bakti yang harus dicurahkan kepada anak nelayan. Namun, tautan tugas sebagai pendidik menuntut mereka mengetepikan desakan nurani untuk meninggalkan bumi Semporna. Kemurnian tugas mendidik anak bangsa membuatkan mereka harus tabah menghambakan diri kepada tugas meskipun hati terasa berat untuk meneruskan perjuangan membela nasib anak bangsa.

Meskipun terpaksa menempuh ombak Laut Sulawesi untuk menjejakkan kaki di Pulau Bait, kira-kira tujuh batu nautika dari tanah besar di Kampung Tanjung Kapor, Semporna, si pendidik dari pelbagai negeri di Semenanjung tidak mudah mengalah.

Walaupun terpaksa bermandi peluh dan ada ketika kuyup ditimpa hujan ketika perahu mendaki dan menuruni ombak sewaktu berulang alik ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bait di pulau kecil itu, mereka tidak mudah tewas kepada persekitaran yang mencabar minda dan fizikal.

Pulau Bait, satu daripada 49 pulau terpencil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan, tidak pernah menjanjikan jalan berturap, bangunan sekolah diperbuat daripada batu, kemudahan bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik dan pelbagai kemudahan lain yang ada di tanah besar, khususnya di bandar.
Setiap pagi, mulai jam 6, ketika guru di bandar selesa memandu kereta ke sekolah, guru di Pulau Bait terpaksa memperjudikan nasib kepada perahu yang dikemudi penduduk kampung ketika meninggalkan jeti Kampung Tanjung Kapor untuk ke sekolah.

Begitu juga dengan guru di SK Pababag, di Pulau Pababag yang bersebelahan dengan Pulau Bait. Mereka terpaksa menyerahkan ketentuan nasib kepada Allah SWT setiap kali menggunakan perahu dari jeti Kampung Tanjung Kapor ke pulau terpencil itu.

Dengan perahu menggunakan enjin 15 kuasa kuda, si pendidik berdoa semoga perjalanan berulang alik dari Kampung Tanjung Kapor ke Pulau Bait dan Pulau Pababag sentiasa dirahmati Allah.

Kira-kira 20 minit berada dalam perut perahu ketika meredah ombak ke Pulau Bait dan Pulau Pababag tidak banyak membolehkan mereka berbual dengan rakan-rakan atau penumpang yang lain. Yang ada dalam fikiran mereka hanyalah mahu segera tiba di jeti.

Bagi Ustazah Mazwin Nasir, 27, dari Kampung Jerik, Gua Musang, Kelantan, khabar yang diterimanya pada Januari 2007 bahawa beliau akan ditugaskan di SK Bait, seolah-olah merentap nuraninya.

Pada usia pernikahan baru berusia sebulan, graduan jurusan Usuluddin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu terpaksa meninggalkan suaminya untuk terbang jauh ke Semporna dan menabur bakti di pulau terpencil.

"Saya mula bertugas di sekolah ini pada 29 Januari 2007. Pertama kali menaiki perahu, rasa macam hendak menangis. Macam tak mahu menjadi guru. Ketika itu, ombak besar. Habis kuyup saya ditimpa tempias ombak. Setibanya di jeti Kampung Bait, terpaksa mula meniti jeti kayu licin dan mendaki bukit berlumpur untuk ke sekolah.

"Pengalaman sepanjang menaiki perahu berulang alik dari jeti Kampung Tanjung Kapor ke jeti Kampung Bait ada kalanya membuatkan saya seolah-olah mahu segera meninggalkan pulau ini. Namun, berkat kesabaran, saya harungi juga ombak Laut Sulawesi ini. Alhamdulillah, sekarang saya sudah biasa dengan ombak," ujarnya.

Bagi rakan serumah Ustazah Mazwin, Ustazah Nur Suhaila Mohamad, 32, dari Kampung Pangkal Kalong, Ketereh Kelantan, pertama kali menjejakkan kaki dalam perut perahu bersama Mazwin membuatkan tekak terasa loya dan kepala berpinar-pinar apabila dibuai ombak.

"Rasa nak muntah mabuk laut tetapi saya tahan juga. Sewaktu dilambung ombak, rasa macam hendak menjerit. Wajah ibu dan ayah terbayang-bayang di depan mata. Namun, inilah cabaran yang harus saya hadapi. Bukan mudah menjadi guru di pulau terpencil macam Pulau Bait," ujarnya dengan segaris senyuman.

Mazwin dan Nur Suhaila yang menyewa rumah di sebuah taman perumahan kira-kira tiga kilometer (km) ke Kampung Tanjung Kapor dan 10 km dari pekan Semporna, memperuntukkan RM60 seorang untuk berulang alik menaiki perahu ke sekolah.

Ketiadaan tenaga elektrik dan bekalan air paip di Kampung Bait tidak memungkinkan mereka menjadi sebahagian daripada kira-kira 300 penduduk kampung berkenaan.

Selepas tiga tahun menabur bakti mendidik anak nelayan di pulau terpencil itu, kini Mazwin dan Nur Suhaila tidak lagi menganggap ombak yang diharungi setiap hari sebagai bebanan besar untuk meneruskan kerjaya murni membentuk murid berilmu dan bersahsiah.

Cuma pada ketika cuti persekolahan dan Aidilfitri, mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama keluarga walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk pulang ke pangkuan keluarga.

Bagi Mazwin, suami di Bangi, Selangor harus segera ditemui pada setiap musim cuti persekolahan, manakala Nur Suhaila mahu segera menatap wajah ibu dan ayah di Ketereh.

Bagi mereka, ombak Laut Sulawesi, jeti licin di kedua-dua kampung itu, lereng bukit agak curam di laluan dari jeti Kampung Bait ke SK Bait dan titis air masin yang membasahi kulit wajah dan tubuh ketika mengharungi laut adalah teman paling setia selagi pengorbanan mereka dituntut demi masa depan anak bangsa di pulau terpencil.

Sunday, July 25, 2010

PETUA MEMIKAT HATI GURU

PETUA MEMIKAT HATI GURU



Petua 1

Petua pertama adalah petua yang paling penting. Untuk memikat hati guru anda, anda perlu belajar dalam keadaan ‘Gelas yang kosong‘. Apakah maksud saya ini?

Belajar dalam keadaan gelas yang kosong ialah anda perlu rasa rendah diri dan buka minda anda untuk menerima apa yang diajarkan oleh guru anda. Banyak ketikanya saya lihat pelajar datang ke sekolah, kolej, universiti, seminar atau bengkel dalam keadaan gelas yang penuh. Ini bermaksud, mereka rasa mereka tahu banyak perkara berbanding kawan-kawan sebaya mereka malah mereka juga rasa mereka lebih tahu daripada guru mereka.

Apa akan jadi jika air dituangkan ke dalam gelas yang penuh? Ya….. air yang dituang itu akan tumpah. Malah, air yang ada di dalam gelas yang penuh itu juga akan turut mengalir keluar. Jika anda tidak percaya, cuba isikan air sirap kedalam sebiji gelas hingga penuh. Tuangkan air masak ke dalam gelas itu. Biarkan air yang melimpah keluar. Lama-kelamaan, anda akan lihat gelas yang berwarna merah disebabkan air sirap itu akan lama kelamaan menjadi putih.

Apa yang ingin saya katakan ialah jika anda datang ke majlis ilmu dengan perasaan anda lebih mengetahui, anda tidak akan pelajari sesuatu yang baru. Malah ilmu yang ada pada anda juga akan jadi semakin susut dan tidak bernilai. Apa kena-mengena petua ini dengan memikat hati guru?



Guru sangat mudah mengesan jika anda datang kepada mereka dengan gelas yang penuh. Orang yang datang dengan gelas yang penuh boleh dikesan melalui percakapannya, soalannya dan juga cara mereka duduk dalam sesuatu majlis ilmu itu. Apabila seorang guru dapat mengesan orang-orang begini, selalunya guru akan cuba mengalihkan perhatian kepada anak murid yang lain. Ini adalah supaya guru dapat mengekalkan semangat mereka untuk mengajar dan emosi mereka tidak terganggu dengan pelajar gelas penuh ini. (Jika anda rasa kurang yakin bahawa seorang guru boleh mengesan pelajar gelas penuh ini, cuba tanya kepada mana-mana guru atau trainer yang anda kenal. ? )

Sebaliknya, jika anda datang dengan gelas yang kosong, guru akan dapat mengesan bahawa anda datang dengan niat mahu belajar. Saya sendiri, saya sangat suka melayan pelajar yang ada niat mahu belajar. Mereka ini selalunya bersedia untuk mendengar nasihat bagaimana mahu memajukan pelajaran mereka. Untuk pelajar begini, seorang guru sanggup berkorban masa dan tenaga untuk membantu.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang? Ada beberapa perkara:

Betulkan niat anda untuk betul-betul belajar. Anda perlu ingat, orang yang bijak adalah orang yang mempunyai kebolehan untuk mempelajari sesuatu dengan baik, bukan orang yang suka menunjukkan kepandaian mereka.
Elakkan daripada memalukan guru anda dengan menunjukkan kepandaian anda. Contohnya, ada kalanya guru membuat kesilapan seperti membuat kiraan yang salah di depan kelas. Jika anda mahu betulkan kesalahan itu, betulkan dengan cara yang sopan agar tidak menjatuhkan air muka guru tersebut.
Dengar nasihat dan cadangan guru anda tentang bagaimana cara untuk memajukan diri anda

Friday, July 23, 2010

AKU DAN CIKGU KU…

AKU DAN CIKGU KU…



Semasa di Sekolah Rendah Kg Jawa,Pontian(19769-75) aku sangat suka dengan cikgu Omar (Guru besar) .Cerita yang masih aku ingat ialah KISAH PELAYARAN SINBAD..masih aku ingat gaya dan isi ceritanya hingga sekarang.. Cikgu darjah satu pula Cikgu Abd Rahman..tulisannya sangat cantik !..Ustaz Ngadimu pula suka tersenyum menambah indah wajahnya yang agak hitam manis.. Rata –rata cikgu zaman itu naik motorsikal dan basikal. Cikgu Alagapan satu-satunya guru India di sekolahku. Bila Hari Deepavali, beliau hadiahkan gula-gula pada kami…




Pada sebelah petang, kami sekolah agama. Cikgu yang kami sangat sangat ingati ialah Ustaz Kadri Sarbini dan Ustaz Md Radin. Sibuknya mereka ..kerana kekurangan guru agama .




Bila masuk sekolah menengah(1976)..cikguku semakin ramai. Aku belajar Sains Pertanian dengan Cikgu Arshad yang berjambang lebat. Cikgu Suparman mengajar Matematik..beliau garang dan tegas kerana kalau tak lulus matematik tak boleh naik ting.4. Seorang lagi guru matematik ku ialah Cikgu Abd Aziz. Tubuhnya tak lah tinggi tapi kalau tak siap tugasan ..beliau akan mencubit bawah ketiak...mesti berbekas.....sebesar 50 sen.




Semasa di ting.4(1979)aku sangat minat dengan cara Cikgu Kamil mengajar Geografi. Beliau adalah penanda kertas peperiksaan subjek tersebut..Cikgu Sabariah mengajar Rampaian Sains. Cikgu Matematik aku adalah Cikgu Ramlan Dirham.. beliau mengajar dengan mengunyah gula-gula !...(kami tak pernah tanyapun. kenapa.)


Pengetua SMK Ayer Baloi pada masa itu ialah En Khusaini (pengetua termuda di Pontian ?) . Cikgu Lim bertugas di Koperasi sekolah. Cikgu Azizah sangat rapat dengan pelajar dan sering datang ke rumah anak muridnya termasuk rumah ku. Cikgu Rohani –cikgu yang diingati kerana bukan saja cantik tapi sering mengenakan aksesori berwarna merah dari kasut,beg tangan , baju dan keretanya..



Semasa di tingkatan 6 (1982-83)di SM Dato’Penggawa Barat, masih ku ingat beberapa guruku. Antaranya En Mohd Sakeh (warden asrama), Cikgu Ahmad Dalimi( Peng.Am),En Shukor( Guru Pengawas –meninggal semasa kami d ting.6 rendah)....dan ramai lagi yang tak dapat nak dinukilkan semuanya...




Pada mereka, ku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga...tanpa mereka kami tak akan berjaya .Kami sedar, apapun tindakanmu hanyalah untuk menjadikan kami seorang manusia. Kini aku sendiri menyambung tugasmu dahulu.



Moga Allah saja yang dapat membalas segala jasamu. Ramai di antara mereka kini telah kembali ke Rahmatullah.Maka hanya AL FATIHAH saja yang dapat ku baca dan hadiahkan kepada mereka....



Saya sayang cikgu !.



Nukilan anak muridmu:

Cikgu Abd Aziz Maryani

SMK Kota Masai 2

Petua Memikat Hati Guru ( Siri 1)

Petua 1

Petua pertama adalah petua yang paling penting. Untuk memikat hati guru anda, anda perlu belajar dalam keadaan ‘Gelas yang kosong‘. Apakah maksud saya ini?

Belajar dalam keadaan gelas yang kosong ialah anda perlu rasa rendah diri dan buka minda anda untuk menerima apa yang diajarkan oleh guru anda. Banyak ketikanya saya lihat pelajar datang ke sekolah, kolej, universiti, seminar atau bengkel dalam keadaan gelas yang penuh. Ini bermaksud, mereka rasa mereka tahu banyak perkara berbanding kawan-kawan sebaya mereka malah mereka juga rasa mereka lebih tahu daripada guru mereka.

Apa akan jadi jika air dituangkan ke dalam gelas yang penuh? Ya….. air yang dituang itu akan tumpah. Malah, air yang ada di dalam gelas yang penuh itu juga akan turut mengalir keluar. Jika anda tidak percaya, cuba isikan air sirap kedalam sebiji gelas hingga penuh. Tuangkan air masak ke dalam gelas itu. Biarkan air yang melimpah keluar. Lama-kelamaan, anda akan lihat gelas yang berwarna merah disebabkan air sirap itu akan lama kelamaan menjadi putih.

Apa yang ingin saya katakan ialah jika anda datang ke majlis ilmu dengan perasaan anda lebih mengetahui, anda tidak akan pelajari sesuatu yang baru. Malah ilmu yang ada pada anda juga akan jadi semakin susut dan tidak bernilai. Apa kena-mengena petua ini dengan memikat hati guru?



Guru sangat mudah mengesan jika anda datang kepada mereka dengan gelas yang penuh. Orang yang datang dengan gelas yang penuh boleh dikesan melalui percakapannya, soalannya dan juga cara mereka duduk dalam sesuatu majlis ilmu itu. Apabila seorang guru dapat mengesan orang-orang begini, selalunya guru akan cuba mengalihkan perhatian kepada anak murid yang lain. Ini adalah supaya guru dapat mengekalkan semangat mereka untuk mengajar dan emosi mereka tidak terganggu dengan pelajar gelas penuh ini. (Jika anda rasa kurang yakin bahawa seorang guru boleh mengesan pelajar gelas penuh ini, cuba tanya kepada mana-mana guru atau trainer yang anda kenal. ? )

Sebaliknya, jika anda datang dengan gelas yang kosong, guru akan dapat mengesan bahawa anda datang dengan niat mahu belajar. Saya sendiri, saya sangat suka melayan pelajar yang ada niat mahu belajar. Mereka ini selalunya bersedia untuk mendengar nasihat bagaimana mahu memajukan pelajaran mereka. Untuk pelajar begini, seorang guru sanggup berkorban masa dan tenaga untuk membantu.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang? Ada beberapa perkara:

Betulkan niat anda untuk betul-betul belajar. Anda perlu ingat, orang yang bijak adalah orang yang mempunyai kebolehan untuk mempelajari sesuatu dengan baik, bukan orang yang suka menunjukkan kepandaian mereka.
Elakkan daripada memalukan guru anda dengan menunjukkan kepandaian anda. Contohnya, ada kalanya guru membuat kesilapan seperti membuat kiraan yang salah di depan kelas. Jika anda mahu betulkan kesalahan itu, betulkan dengan cara yang sopan agar tidak menjatuhkan air muka guru tersebut.
Dengar nasihat dan cadangan guru anda tentang bagaimana cara untuk memajukan diri anda.

Sunday, July 18, 2010

Lagenda Laksamana Syed Cheng Ho

LAKSAMANA Cheng Ho sememangnya tidak asing bagi kita. Malangnya, di luar lingkungan rantau Asia, kisah kehebatan pelayar unggul ini tenggelam berikutan agenda Barat menjaja kehebatan Christopher Columbus atau Ferdinand Magellan. Buktinya, Cheng Ho terlebih dulu membelah samudera luas berdekad-dekad lebih awal awal sebelum dua tokoh pelayar Barat itu memulakan pengembaraan mereka.

Cheng Ho atau dieja dan disebut ‘Zheng He’ dalam bahasa Mandarin, adalah pegawai diraja Dinasti Ming yang beragama Islam itu dan disifatkan penjelajah China paling popular. Malah, kehebatannya itu turut membantu mengubah negara Tembok Besar itu sebagai kuasa besar dunia ketika itu. Sudah pasti, Cheng Ho juga barangkali rakyat China paling dikenali oleh penduduk Malaysia kerana nama dan pengembaraannya terpahat dalam sejarah Kesultanan Melaka.

Kisah kehebatan Cheng Ho yang akhirnya mencatatkan namanya sebagai pelayar legenda bermula pada 1405 apabila terpilih mengetuai ekspedisi laut terbesar dalam sejarah ketika itu. Sehingga 28 tahun kemudian, Cheng Ho mengemudi tujuh kapal melawat hampir 40 negara, dari Asia Tenggara sehingga ke Afrika dan Arab. Ketika itu, China sudah jauh ke depan dengan memiliki kapal paling besar di dunia dan pada tahun 1420, angkatan laut Dinasti Ming sudah pun mengatasi gabungan angkatan laut Eropah. Sayangnya, kehebatan Cheng Ho jarang sekali dapat meletakkannya setaraf Columbus walaupun reputasinya jauh mengatasi pengembara Eropah itu.

Namun, dunia kini boleh mengenang semula kehebatan Cheng Ho apabila kerajaan China memutuskan membina semula kapal kayu sama seperti replika yang pernah digunakan laksamana itu dalam pelayarannya mengelilingi dunia 600 tahun lalu.

Penulis yang mengikuti lawatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ke Nanjing, baru-baru ini, sempat melihat sendiri usaha mengembalikan semula zaman kegemilangan pelayar agung berkenaan.
Malah, penubuhan Nanjing Dragon Treasure Boat Development Co Ltd (DTB) itu menjadi pertaruhan China menghidupkan membina semula kapal yang dianggarkan menelan kos AS$20 juta (RM64 juta).

Apa yang menarik, seperti dinyatakan Timbalan Pengurus Besar DTB, T J Jia, kapal berkenaan dibina menggunakan balak yang diimport dari Sabah kerana ia jauh lebih berkualiti dan melepasi semua ujian yang diadakan termasuk kalis air.

“Bukan sebarangan balak yang diperlukan untuk membina kapal ini. Balak paling sesuai ialah dari Sabah. Bagi membina asasnya saja kami memilih tiga batang balak paling teguh daripada lebih 500 batang.

“Selain batang balak yang lurus, kami juga perlu mencari batang balak yang agak bengkok untuk membentuk badan kapal kerana usaha membengkokkan balak yang lurus bukan kerja mudah,” katanya pada sesi taklimat.

Replika yang dinamakan Kapal Harta Karun Zhenghe itu dilengkapi dua enjin diesel 600 kuasa kuda dan peralatan pelayaran moden. Panjangnya berukuran 71.1 meter, 14.5 meter lebar dan kedalaman 5.7 meter, ia adalah bot pelayaran kayu gaya purba terbesar dunia apabila pembinaannya siap pada September tahun depan.

Mengambil kira kedudukan Melaka dalam sejarah pelayaran Cheng Ho, negeri itu akan menjadi persinggahan pertama kapal berkenaan dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan laksamana itu sebagai pengembara laut terunggul.

Pembinaan semula Bot Harta Karun Zhenghe akan membangkitkan semula seni reka kapal laut klasik bagi bot layar kayu yang besar. Ia turut membuka jalan bagi pertukaran budaya, sejarah, perdagangan, agama dan kajian sains.

Selepas siap dibina, ia bakal belayar menyusuri ‘Laluan Sutera Laut’ yang pernah dilalui Cheng Ho untuk membawa tamadun marin China dan mengukuhkan kesedaran rakyat mengenai maritim.

Namun, paling penting, ia mendedahkan fakta yang disembunyikan oleh Barat mengenai kehebatan pelayar Islam menguasai samudera.

Fasih berbahasa Arab

LAKSAMANA Cheng Ho, yang namanya terpahat dalam mata pelajaran Sejarah kerana membuka jalan hubungan diplomatik dua negara, Melaka dan China adalah seorang pelayar Islam legenda pada kurun ke-15.

Dikenali sebagai Ma He pada awalnya, beliau dilahirkan pada tahun 1371 dalam sebuah keluarga Cina Islam etnik Hui yang miskin. Kunjungan bapa dan datuknya ke Makkah untuk menunaikan haji, amat menyumbang kepada pendidikan Cheng Ho sejak awal. Beliau membesar dengan fasih bertutur dalam bahasa Arab selain bahasa ibundanya, serta belajar mengenai dunia sehingga ke Barat dan geografi serta budayanya.

Bertugas sebagai pekerja istana ketika berusia 10 tahun, Cheng Ho ditugaskan menjadi pengiring Duke Yan, yang kemudian dinobatkan sebagai Maharaja Yong Le yang memerintah dalam Dinasti Ming. Beliau mengiringi Yan dalam banyak siri kempen ketenteraan yang membawa kejayaan dan memainkan peranan penting dalam menakluk Nanjing, ibu negara China ketika itu. Beliau kemudian dianugerahkan pangkat tinggi dalam istana dan diberi nama keluarga Zheng.

Maharaja Yong Le berusaha menaikkan imejnya dengan menghantar pegawainya belayar dan tugas nakhoda pelayaran diserahkan kepada orang kepercayaannya, Cheng Ho.

Sebuah kapal besar dengan sembilan tiang layar dan dikemudi 500 anak kapal pada setiap satunya, memulakan pelayaran pada Julai 1405 iaitu kira-kira 50 tahun sebelum Columbus menemui Amerika Syarikat.

Kebanyakan kapal dibina di Teluk Naga berhampiran Nanjing, dan peninggalannya masih boleh dilihat sehingga hari ini. Armada pertama Cheng Ho termasuk 27,870 pekerja di atas 317 kapal, termasuk kelasi, kerani, penterjemah, askar, pakar perubatan dan pakar kaji cuaca. Mereka membawa kuantiti besar kargo termasuk sutera, emas, perak, peralatan tembaga serta barangan kapas.

Armada itu berlayar ke Champa yang berhampiran Vietnam dan selepas melepasi Laut China Selatan, ia melawat Jawa, Sumatera dan sampai ke Sri Lanka dengan melepas Selat Melaka.

Dalam perjalanan pulang, ia belayar di sepanjang pantai barat India dan tiba pada tahun 1407. Pada musim luruh 1413, Cheng Ho meneruskan pelayaran dengan 30,000 ahli rombongan ke Arab dalam pelayarannya yang keempat dan paling penting. Ketibaan armada diketuai Cheng Ho itu mencetuskan sensasi di rantau berkenaan, dan 19 negara menghantar duta menaiki kapalnya dengan hadiah untuk Maharaja Yong Le.

Pada tahun 1417, selepas dua tahun di Nanjing dan melawat bandar raya lain, pembesar asing itu diiringi pulang oleh Cheng Ho sendiri. Dalam pelayaran itu, beliau mengunjungi pantai timur Afrika, berhenti di Mogadishu, Matindi, Mombassa dan Zanzibar serta berkemungkinan besar sampai ke Mozambique.

Maharaja Yong Le meninggal dunia pada tahun 1424 sejurus selepas Cheng Ho kembali daripada pelayarannya yang keenam. Pada tahun 1430, beliau masih lagi dipercayai untuk mengetuai armada untuk kali ketujuh yang juga terakhir. Pada usia 60 tahun, Cheng Ho melawat semula Teluk Parsi, Laut Merah dan Afrika. Beliau meninggal dunia di India dalam perjalanan pulang pada tahun 1433.

INFO: Armada kapal Cheng Ho
Memulakan pelayaran pada 1405
Pekerjanya seramai 27,870 orang di atas 317 kapal
Ini termasuk kelasi, kerani, penterjemah, askar dan pakar kaji cuaca
Membawa barangan termasuk sutera, emas, perak dan produk kapas
Cheng Ho menjelajah hampir 30 negara sehingga Afrika Barat, Teluk Parsi, Mesir, Sri Lanka.

Replika kapal
Dikenali ‘Kapal harta Karun Zhenghe’
Kini dibina di Nanjing dan dijangka siap September 2011
Menggunakan balak Sabah yang disifatkan paling teguh
Dilengkapi dua enjin diesel 600 kuasa kuda dan peralatan pelayaran moden
Panjangnya berukuran 71.1 meter, 14.5 meter lebar dan kedalaman 5.7 meter.

Wednesday, July 14, 2010

Jawapan Soalan Objektif SPM 2009

jawapan Soalan Objkektif SPM Sejarah 2009
1 D
2 A
3 B
4 C
5 D
6A
7 B
8 C
9 B
10 B
11 C
12 C
13 B
14 C
15 A
16 B
17 D
18 A
19 D
20 B
21 C ( Jawapan lebih tepat adalah C mengikut Buku Teks Halaman 13
22 D
23 A
24 A
25 C
26 B
27 A
28 D
29 D
30 D
31 A
32 C
33 B
34 C
35 B
36 D
37 D
38 A
39 C
40 A

Tuesday, July 13, 2010

PEMAIN SIMPANAN !

Sebagai guru, kita terus mendapat iktibar dari kisah Piala DUNIA yang menjadi kegilaan masyarakat bumi sekarang.

Pentadbir di sekolah mempunyai senarai guru...siapa dan bagaimana kita menyusun mereka?.Ibarat jurulatih di padang bola. Bakat kemahiran dan kesungguhan mereka akan dikenalpasti melalui beberapa jenis latihan asas,siri perlawanan persahabatan dan pertandingan sebenar.

Ada pemain bola yang bermulut bising tapi berbakat.Ada pemain yang pendiam tetapi rajin.Ada pemain yang fizikalnya cukup mantap tetapi lemah mentalnya....Ada yang rajin berlatih tapi tetap menjadi pemain simpanan !

Sebagai jurulatih, pemain ini perlu diadun menjadi sebuah pasukan yang bersatu hati,patriotik,boleh menangani konflik dan sebagainya..

Begitulah di sekolah...guru ibarat pemain bola. Siapakah yang akan menjadi tonggak pasukan dan pemain simpanan ?Bolehkah pemain simpanan ini diturunkan pada bila bila masa?
Atau sepertimana sesetengah pasukan- jual atau beri percuma kepada pasukan lain !

Jika jurulatih pula yang gagal membentuk pasukan, maka bersedilah untuk menerima padahnya !!. Belumpun pertandingan berakhir : kamu di pecat......
PIALA DUNIA ADA DI SEKOLAH KITA !!


Sebagai guru, apa yang kita dapat KITA PELAJARI dari Piala Dunia?

Kelas kita ibarat padang bola. Kita adalah Kapten pasukan.Semua pelajar di dalam kelas itu adalah pemainnya. Bola itu adalah TAJUK P&P hari itu..... Cara menghantar bola kepada pemain diumpamakan cara kita menyampaikan isi pelajaran: aktiviti menyoal,berbincang,latih tubi dll. Berapa gol yang terhasil ibarat dapatan penilaian yang kita buat di akhir P&P....

Dalam permainan bola ada penontonnya. Maka penonton kita adalah ibu bapa atau penjaga pelajar. Ramai atau tidak penonton yang datang biasanya bergantung kepada prestasi pasukan tertentu. Jika anak didik kita berjaya dan cemerlang, maka biasanya ramailah ibu bapa pelajar kita yang datang...sepertimana penonton yang datang kerana prestasi pemain bola tersebut...

Maka,HARI TERBUKA yang kita anjurkan bolehlah menjadi penanda aras awal kepada citarasa ibu bapa pelajar terhadap sekolah kita....sepertimana jika stadium itu kosong atau dipenuhi penonton bilamana ada sesuatu pertandingan bolasepak....

PIALA DUNIA juga ada di sekolah kita !

Friday, July 9, 2010

Sebabnya Sangat Jelas: Sistem Pendidikan

Sebabnya Sangat Jelas: Sistem Pendidikan
Posted by mantan



Walaupun negara ini relatif kecil, Finland ialah pusat dan pejabat pembangunan teknologi Nokia - bersama-sama dengan 800 syarikat teknologi tinggi lain. Sebahagian kecanggihan dan kepakaran teknologi Finland melimpah ke negara jirannya, Rusia.

Finland yang terletak tidak jauh dari lingkaran Kutub Utara, dianggap sebagai satu daripada tiga negara yang paling kompetitif di dunia.

Sebabnya sangat jelas: sistem pendidikannya.

Kerajaan Finland melakukan banyak perkara bagi pembangunan pelajar-pelajarnya. Pelajar-pelajar sentisa sibuk mengikuti dan melaksanakan progam pendidikan. Namun, pada masa yang sama, tidak ada peperiksaan kebangsaan atau ujian akhir tahun. Yang ada hanyalah penilaian yang berterusan, - iaitu gabungan antara ujian bulanan dan penilaian guru.

Finland memastikan bahawa semua murid disediakan makanan percuma di sekolah. Mereka diberi subsidi kos pengangutan untuk kesekolah atau pergi melaksanakan program sekolah. Kerajaan Finland menganggap bahawa ini adalah sebahagian daripada keperluan dan proses pendidikan.


Dari segi pengurusan disiplin pelajar, tidak akan ada pelajar yang akan dibuang sekolah. Penekanannya ialah kepada “penyelesaian hingga ke akar-umbi” jika timbul sebarang masalah disiplin pelajar.
Hanya 15 peratus permohonan untuk menjadi guru yang diterima. Hanya yang mempunyai ijazah peringkat Master diterima menjadi guru. Secara berterusan, guru-guru di hantar berkursus pada waktu cuti panjanjang bagi mempertingkatkaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Sistem pendidikan Finland berfokus pada keperluan pelajar dan menolak sistem pengasingan pelajar mengikut kebolehan. Dengan demikian, akan mengurangkan jurang pendidikan antara "yang berada " dan “tidak berada” dan mempertingkatkan tahap prestasi pencapaian pelajar dan orang dewasa secara lebih menyeluruh.

Monday, July 5, 2010

Genghiz Khan -Sisi Gelap dan Terang

Menjadi Sosok Berwatak Genghis Khan

“Selalu ada Kebaikan dalam Setiap Ciptaan Tuhan”.
***
Apa yang terbayang dalam benak anda ketika mendengar nama Genghis Khan ? sebagian besar mungkin akan menjawab dengan kata yang hampir mirip dengan namanya yaitu Genghis = Bengis. Sejarah mencatat panglima perang besar ini telah menumpahkan darah dari jutaan manusia. Sebagian orang juga menganggap bahwa Sang Kaisar adalah reinkarnasi dari iblis yang berwatak manusia brutal dan barbar. Kalau memang demikian apa yang dapat dicontoh dari manusia kejam seperti itu ? Tidak pernah ada ciptaan Tuhan yang sia-sia meskipun hanya seekor nyamuk ataupun seorang Genghis Khan yang dianggap keji. Ada banyak pelajaran kebaikan yang dapat kita temukan dari setiap ciptaanNya. Sosok Genghis Khan memang penuh kontroversi, ada yang menganggapnya sebagai pahlawan, dan ada juga yang menganggapnya sebagai manusia yang kejam. Tulisan ini akan memberikan gambaran lain mengenai sosok Genghis Khan yang sesungguhnya memiliki watak yang mengagumkan. Saya akan sedikit berbagi mengenai kebaikan-kebaikan yang dapat kita pelajari dari sosok ini berdasarkan beberapa referensi diantaranya Film Dokumenter BBC The Life of Genghis Khan, Mongol, film karya Sergei Bodrov yang bercerita tentang kehidupan Genghis Khan dan meraih nominasi Film Berbahasa Asing Terbaik di Academy Award 2008, dan buku The Secret History of Mongols, sebuah buku terjemahan dari bahasa Mongolia terbitan RoutledgeCurzon Press tahun 2001 yang merujuk pada buku sumber asli yang kontroversial tentang Genghis Khan. Buku aslinya diperkirakan ditulis pada abad ke-13.
Sangat menarik untuk menelusuri kisah kehidupan sang Kaisar dari beberapa referensi tersebut. Kita dapat mengetahui bagaimana seorang buangan yang buta huruf mampu mempersatukan seluruh bangsa Mongolia, mengubah gerombolan-gerombolan berkuda bangsa tersebut menjadi mesin tempur yang kejam dan disiplin, membentuk pasukan dengan taktik revolusioner dan persenjataan jenius, dan memiliki kekuasaan kekaisaran yang terbentang meliputi hampir separuh daratan bumi dari Asia hingga Eropa Timur. Terlepas dari asumsi-asumsi yang buruk tentang bangsa Mongol, mari sejenak kita membuka wawasan kita untuk memahami pelajaran apa saja yang dapat kita temukan dari salah satu ciptaan Tuhan yang bernama Genghis Khan ini :

Bakti kepada kedua orang tua
Perubahan mendasar dalam diri Genghis Khan yang bernama asli Temujin terjadi ketika ayahnya meninggal. Ayah Temujin, Yesugei meninggal karena diracuni suku Tartar dalam perjalanan pulang setelah mengantar Temujin ke suku Onggirat untuk memilh calon istrinya. Kehidupan bangsa Mongolia saat itu amat keras, perkelahian antar suku dan klan untuk menjadi kelompok yang paling disegani dan berkuasa merupakan hal yang biasa. Bakti Temujin ditunjukkan dengan keberhasilannya dalam melaksanakan perintah ayahnya untuk menyisihkan lawan-lawan yang telah menghancurkan klan mereka. Genghis Khan juga selalu mengkhawatirkan keselamatan Ibunya dan tidak melupakannya setelah harus terpisah sekian tahun lamanya sejak Ia ditawan musuh. Melalui pengembaraan yang panjang akhirnya Temujin dapat menemukan kembali Ibunya.
Kesetiaan dan cinta.
Motivasi terbesar kedua yang ada dalam diri Temujin dalam mengalahkan musuh-musuhnya adalah karena kesetiaan dan kekuatan cinta. Dalam kebudayaan Mongolia saat itu, anak yang berusia kurang dari 10 tahun sudah harus dapat memilih pasangan hidupnya untuk kemudian menikahinya dalam beberapa tahun kemudian. Musibah kematian ayahnya telah membuat Temujin terpisah lama dengan Borte, calon istrinya. Waktu pernikahan yang dijanjikan pun tidak sesuai harapan. Namun hanya ada satu wanita pilihan yang ada dalam diri Temujin yaitu Borte. Pengembaraan utamanya hanya ditujukan untuk mencari ibu dan calon isterinya. Tragedi penculikan sang isteri dikala mereka masih menikmati masa-masa bulan madunya semakin mengubah jalan hidup Temujin. Hasrat untuk mengalahkan musuhnya kini selain untuk membalaskan dendam orang tuanya juga untuk membalaskan dendam atas penculikan isterinya.
Setia dalam persahabatan
Dalam pengembaraannya setelah kematian ayahnya. Temujin menemukan seorang sahabat yang bernama Jamukha. Jamukha pun kemudian menjadi saudara angkat Temujin. Jamukha dan pasukannya menjadi pihak pertama yang membantu Temujin untuk menyelamatkan isterinya yang telah diculik oleh Suku Merkit. Temujin juga membalas kebaikan itu dengan menyelamatkan Jamukha yang hampir terbunuh oleh Suku Merkit. Perlahan-lahan, persekutuan kedua orang sahabat ini berhasil mengalahkan musuh-musuh dari suku lainnya sehingga menjadikan mereka berdua disegani oleh suku-suku tersebut.
Tidak tamak akan harta
Kemenangan yang diperoleh Jamukha dan Temujin memberikan mereka harta rampasan perang. Berbeda dengan Jamukha yang tamak akan harta, Temujin membagikan 9/10 bagian harta rampasan perang kepada prajurit-prajurit yang berada di bawah kendalinya, sementara itu ia hanya menikmati 1/10 bagian sisanya. Sikap inilah yang kemudian membuat prajuritnya setia dan bahkan membuat dua orang prajurit andalan Jamukha membelot dan mengabdi kepada Temujin. Kejadian inilah yang kemudian menjadi awal perpecahan dari kedua saudara angkat itu.
Memiliki sikap spiritual yang tinggi
Kepercayaan bangsa Mongol saat itu adalah kepercayaan Shamanisme yang bersifat polytheisme. Mereka mempercayai dan menuhankan alam seperti langit, bulan, matahari, bintang, gunung, dsb. Terlepas dari benar atau tidaknya agama yang mereka anut, hikmah yang dapat kita pelajari dari semua ini adalah kekuatan spiritual yang tinggi dari Temujin. Ia selalu berdoa dan berserah diri pada kekuatan yang diyakini dapat membantunya mencapai keinginannya . Kepasrahan diri ini berlangsung sejak ia kecil dalam penderitaan yang bertubi-tubi hingga ia harus mengalami pertempuran yang paling menentukan dalam hidupnya, yaitu menjadi penguasa besar Mongolia melawan saudara angkatnya sendiri Jamukha. Kepasrahannya yang begitu tinggi terhadap kekuatan yang ia sembah juga telah membantunya memberikan kemenangannya yang gemilang dalam berbagai pertempuran.
Tidak pernah melupakan pertolongan orang lain
Sosok yang paling diingat oleh Temujin adalah orang tua yang telah memberikannya makanan dan minuman ketika ia sedang menjadi tawanan salah satu suku Mongol semasa kecilnya. Saat ia menjadi kaisar, Temujin memerintahkan pasukkannya untuk membangunkan tenda disamping tenda yang dimilikinya untuk orang tua tersebut, dan menghadiahkannya seratus ekor kuda. Temujin juga selalu mengenang pertolongan seorang biksu dari kerajaan Tangut, yang telah memiliki firasat bahwa kelak bangsa Mongol akan menghancurkan kerajaan tersebut. Satu pesan dari biksu itu adalah ketika masa itu tiba dan bangsa Mongol memang menghancurkan kerajaan Tangut, jangan sampai memusnahkan kuil dan buku-buku yang ada di dalamnya. Firasat itu kemudian menjadi kenyataan dan Temujin selalu mengingat perkataan biksu tersebut dengan tidak menghancurkan kuil dan buku-buku yang dimiliki kerajaan Tangut.
Kepeduliannya terhadap rakyat kecil dan prajuritnya
Setelah ia berhasil menaklukkan musuh-musuh ayahnya dan suku yang telah menculik isterinya., Tujuan Temujin berikutnya adalah mempersatukan bangsa Mongolia yang terpecah belah, senang berkelahi, dan menjarah harta rakyat kecil. Keadaan Mongolia dibawah kepemimpinan Jamukha saat itu membuat Temujin miris. Ia pun kemudian melaksanakan niatnya dengan mengumpulkan pasukan yang dimilikinya untuk melawan Jamukha. Setelah ia berhasil memperoleh kekuasaannya, Ia memiliki keingian yang mulia yaitu melakukan ekspansi seluas-luasnya demi kemakmuran rakyat dan prajuritnya. Di dalam buku The Secret History of Mongols, Temujin berkata, My soldiers are as numerous as forests, and their women could form a large unit within the army. I want to feed them with juicy meat, let them live in beautiful yurts, and let them pasture their livestock on rich soil. (Onon, 2001) Temujin juga tidak pernah memaksakan prajuritnya diluar batas kemampuan yang dimilikinya. He was known for his personal concern for his men, and was careful not to drive them beyond the limits of their endurance. (Onon, 2001)
Pemimpin yang visioner
Nenek moyang Bangsa Mongolia terkenal sebagai bangsa nomadic yang senang mengembara dan hidup berpindah-pindah, mereka tidak memiliki rumah yang tetap. Mereka hidup bermukim di tenda-tenda. Meskipun Temujin dibesarkan dalam kebudayaan nomadic,Pada masa kepemimpinanya. Ia membangun ibu kota kerajaan permanen, Karakorum menjadi tempat pilihannya dan ia ingin menjadikannya sebagai pusat dagang dan budaya yang besar. Genghis Khan ingin bangsanya sejahtera dari penaklukan yang dilakukannya. Ia menginginkan rakyatnya memakan daging yang empuk, hidup dalam tenda yang indah dan mengembalakan ternak-ternak mereka di tanah yang subur. Apa yang ia lakukan untuk mencapai kesejahteraan masyakarakat seperti itu ? Ia mengimpor pengetahuan dan teknologi militer dari China, mendirikan korps pelatihan medis dengan tabib-tabib China, memerintahkan pengikutnya untuk melakukan kodifikasi atas catatan dan peraturan darinya sebagai cikal bakal hukum dan perundang-undangan di masa kekaisarannya, tidak seorangpun diperbolehkan memiliki budak dari bangsa Mongol, dan tiap suku diberikan kebebasan untuk menentukan tanahnya sendiri. Meskipn Genghis Khan seorang yang buta huruf tetapi ia paham betul dengan kekuatan tulisan dan ia tidak menginkan rakyatnya seperti itu dan memerintahkan agar warisan kekuasaannya tercatat untuk generasi mendatang.
Kemampuan dalam mengelola emosi
Orang yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi adalah orang yang mampu mengelola dan menanfaatkan emosinya pada saat yang tepat. Bentuk emosi dapat berupa kesedihan, kemarahan, cinta, takut ,dsb. Jika kita melihat kedua film tentang Genghis Khan dan buku tersebut, kita akan menemukan sosok Temujin adalah seseorang yang mampu mengelola emosinya dengan baik. Setiap penumpasan yang kejam dan tanpa ampun selalu ia lakukan dengan penuh kesadaran atas manfaat dan akibatnya, bukan dengan keadaan membabi buta. Tempaan alam, hinaan dan penderitaan yang bertubi-tubi yang dimilikinya membuatnya tahu bagaimana mengelola dendam yang dimilikinya menjadi sumbu motivasi yang amat dahsyat. Ia tahu kapan harus membalas dendam dan kapan harus memaafkan seseorang meskipun orang tersebut telah menyiksanya. Penyerangan yang dilakukannya terhadap kesultanan Khawarizm yang menghabiskan darah sejuta manusia di kawasan Persia juga bukan dengan alasan yang membabi buta dan haus kekuasaan. Keinginan Genghis untuk membuka jalur perdagangan dengan Kesultanan Khawarizm ternyata dibalas dengan pengiriman penggalan kepala utusan Sang Kaisar. Meskipun ganas di medan pertempuran Sang Kaisar juga seorang pemaaf, Tindakan untuk memaafkan Jamukha merupakan sikap yang amat brilliant dan sulit untuk ditiru. Jamukha awalnya memang banyak memberikan pertolongan kepada Genghis namun dalam perjalanannya Jamukha sendirilah yang menghancurkan kehidupan Genghis dengan menyiksanya dan menjualnya sebagai budak akibat perebutan kekuasaan yang tak sehat. Genghis Khan pun tidak mau menuruti permintaan Jamukha untuk menghukum dirinya.
Memegang teguh kepercayaan dan komitmen
Dalam satu pertempuran dengan suku Mongolia, Genghis Khan hampir terbunuh oleh salah seorang jenderal dari suku tersebut, namun berhasil menyelamatkan diri dan diakhir peperangan kemenangan berada di pihak Genghis Khan. Salah satu tawanan perang tersebut adalah jenderal yang hampir membunuhnya, hanya dengan bermodal kepercayaan dan sumpah setia dari jenderal tersebut Genghis mengangkatnya menjadi salah satu jenderal kepercayaanya. Sikap ini memberikan pemahaman kepada kita bahwa Genghis Khan tahu benar bagaimana mengelola amarah, ia tahu benar kapan suatu dendam itu dapat bermanfaat dan kapan tidak.
Ahli strategi perang yang handal
Ada tiga orang panglima perang yang amat saya kagumi, pertama Nabi Muhammad SAW, Genghis Khan dan Sun Zu. Menurut saya Genghis Khan orang terhebat kedua dalam peperangan setelah Rasullullah. Keduanya banyak memiliki kesamaan. Rasulullah dan Genghis Khan sama-sama menggabungkan kepasrahan diri terhadap Tuhan dengan strategi perang yang handal dalam setiap peperangan yang dilakukannya. (meskipun dalam konteks Tuhan yang disembah jauh sekali berbeda). Kondisi peperangan yang dihadapi juga sama yaitu mereka berdua mampu menghadapi pasukan yang amat besar dengan jumlah pasukan yang lebih kecil. Keduanya juga nyaris tidak pernah kalah dalam peperangan, memiliki perhatian yang amat tinggi terhadap pasukannya, menghidari pembunuhan terhadap wanita dan anak kecil dan meminimalisir setiap korban dari prajuritnya sendiri. Yang terakhir adalah kesamaan strategi perang yang dilakukan dengan didasarkan atas lima elemen penting yaitu kecepatan, serangan mendadak, gagah berani, variasi taktik, dan disiplin ketat. Di dalam The Secret History of Mongolsbahkan diuraikan secara rinci mengenai 16 variasi taktik perang yang diterapkan oleh Genghis Khan dalam setiap peperangannya.
Itulah sekelumit pelajaran yang menarik dari seorang Genghis Khan. Tentang perilaku buruknya ??. Bagaimanapun juga pembantaian yang telah dilakukannya tetap akan mendapatkan pembalasan yang setimpal dari Tuhan. Tuhan akan membalas setiap pembunuhan yang dilakukan terhadap nyawa yang tidak berdosa dan atas makhluk yang tidak membuat kerusakan di muka bumi. Tetapi penciptaan Genghis Khan juga tidak terlepas dari skenario Tuhan yang Maha Kuasa. Setiap ciptaan dan skenario Tuhan yang telah berlalu selalu dapat kita ambil hikmah dari sisi kebaikannya. Bagaimana dengan pandangan umat Islam terhadap Genghis Khan yang melakukan penyerangan di kesultanan Khawarizm. Penyerangan ini merupakan langkah awal kesuksesan bagi penyerbuan berikutnya oleh Hulagu Khan ke Baghdad yang semakin memundurkan peradaban Islam ? Kita harus memandangnya dari sisi yang positif juga. Saat itu kekhalifahan Islam sesunguhnya telah banyak melakukan banyak penyimpangan. Kesombongan, keangkuhan, perpecahan antar umat, perebutan kekuasaan antara bani Umayyah dan Abassiyah dan ketamakan atas gelimang harta dunia telah meliputi masa kekhalifahan Abassiyah di zaman tersebut. Dengan demikian datangnya bangsa Mongol menaklukkan peradaban Islam juga sesunguhnya merupakan pelajaran, ujian dan peringatan yang berharga dari Tuhan bagi umat Muslim agar tidak selalu berpecah belah memperebutkan kekuasaan

http://arifperdana.wordpress.com/2009/08/11/menjadi-sosok-berwatak-genghis-khan/

KALAU BINATANG ADA FACEBOOK !

FWD email :
Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut
Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…
Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di
sembeliiiiihhh!…
Cicak : isteriku tersepit pintu
Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."
Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…
Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa
Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …
Kucing: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

http://bicaracinta.net/kalau-binatang-ada-fb.htm

Sunday, July 4, 2010

LAGU KAMIGAYO (JEPUN)

PELIK TAPI BENAR

Pelik Tapi Benar

Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan. Semoga dapat menambahkan keimanan kita selaku Hamba Allah.

*Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

*Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia.

*Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

*Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

*Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

*Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

*Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
*Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

*Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

*Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

*Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

*Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

*Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

*Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

*Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

*Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Saturday, July 3, 2010

KISAH SEKOLAH KITA

Tiga peratus daripada 9,462 sekolah seluruh negara dikategorikan sangat teruk: Puad Zarkashi


POKOK SENA: Kira-kira 283 atau tiga peratus daripada 9,462 sekolah di seluruh negara ketika ini dikategorikan sebagai sangat teruk dari segi fizikal berdasarkan laporan audit oleh Jawatankuasa Pengauditan Kemudahan Fizikal Sekolah yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kebanyakan daripadanya terdiri daripada sekolah di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang akan diberi perhatian segera oleh kerajaan demi kepentingan rakyat.

Katanya, penilaian itu dibuat berdasarkan kepada tiga kriteria utama iaitu dari sudut fizikal sekolah yang merangkumi kemudahan asas, sama ada ia mengikut keperluan dan peralatan mencukupi ke atas semua peringkat jenis sekolah di seluruh negara.

"Mengikut jumlah keseluruhan terdapat sebanyak 9,662 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di negara ini, namun terdapat 200 sekolah tidak menyertai audit kerana mempunyai kelengkapan dan kemudahan mencukupi.

"Semua sekolah ini diaudit berdasarkan kriteria ini dan dinilai mengikut tahap baik, sederhana, teruk dan sangat teruk.

"Ia membabitkan sekolah menengah, sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan," katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Pokok Sena di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin.
Mohd Puad berkata, mulai kelmarin satu jawatankuasa sudah diarahkan untuk membuat penilaian semula bagi mengenalpasti tindakan yang perlu diambil untuk memastikan sekolah berkenaan dapat dinaik taraf ke tahap lebih baik.

"Jawatankuasa yang dilantik akan memberi syor mengenai tindakan yang perlu sama ada mengganti atau menambah peralatan dan kemudahan di sekolah.

"Ia sampai kepada tahap menukar lokasi sekolah jika diperlukan terutama bagi yang sering terbabit dengan banjir.

"Jawatankuasa ini juga akan mengemukakan laporan mengenai kos yang diperlukan dalam usaha menambah baik sekolah terbabit di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10)," katanya.

Beliau berkata, usaha itu perlu bagi merapatkan jurang antara sekolah luar bandar dengan sekolah di bandar demi kepentingan rakyat di semua peringkat.

"Kerajaan memang komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat apatah lagi jika ia membabitkan soal pendidikan yang menjadi salah satu keutamaan kita selama ini," katanya.

Friday, July 2, 2010

SEBAGAI CIKGU KEKADANG "TEKENA" JUGA...

Setiap kali P&P di kelas, apa yang dirancang tak sama dengan yang sebenarnya.
Apapun, itulah gunanya REFLEKSI ! Kita kan guru..cuba perhatikan kes ini :


Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi Sahaja?
Petang Dan malam awak doakan saya tak
Selamat?

Murid : Selamat pagi, petang Dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
Orang! Kata selamat sejahtera! Senang Dan Penuh
Bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi
Semua Masa Dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang
Perkataan Berlawan. Bila cikgu sebutkan Perkataannya,Kamu semua mesti menjawab dengan Cepat, lawan bagi
Perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu Ada apa-apa gangguan.

murid :(senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Cikgu : rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

cikgu : oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu Gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!.....

REFLEKSI : ?

Sunday, June 20, 2010

BOIKOT BARANGAN ISRAEL

LAGI TENTANG BOIKOT BARANG ISRAEL
Saya dapat emel dari seorang rakan yang saya rasa baik saya kongsi dengan pembaca blog ini. Mana nak tahu, moga-moga dengan usaha kita boikot barangan Israel dan USA, dpat menjejaskan ekonomi mereka dan membuatkan mereka menghentikan serangan atas rakyat Paletin yang tidak berdosa itu.

Berikut ialah kandungan emel tersebut:-

Subject: Fw: Boikot produk Israel

Salam...

Saya sertakan di sini senarai barangan yang perlu diboikot.Sila baca senarai ini sampai habis dan dengan teliti serta bertindak lah dengan sewajarnya. (Barang yang kita dah beli, teruskan lah pakai. Cuma jangan beli pada masa akan datang (setelah stok persendirian habis))

Jangan lah kita menjadi golongan yang turut bersubahat dalam menghancurkan rakyat Palestin.Bersedia lah untuk berkorban.Sedangkan mereka yakni rakyat Palestin sudi menjadi barisan pertama mempertahankan Islam,masakan pengorbanan sekecil ini kita tidak mampu buat.

Ramai akan berpendapat, apalah sangat yang kita mampu untuk bawakan kesannya. Kita tidak tahu, mungkin usaha sekecil ini mampu menyelamatkan kita dari neraka Jahannam di hari Penghitungan kelak.

"Ask not what Islam give to you. Ask what you give (sacrifice) for Islam"
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Ada yang tertanya-tanya tentang kempen boikotkan barangan buatan Israel..Tapi sejauh mana keberkesanannya? Mungkin disebabkan kurang pendedahan tentang senarai produk buatan mereka atau kempen tersebut hanyalah umpama hangat-hangat tahi ayam? Kalau hendak senaraikan,memang terlalu banyak dan mungkin sukar untuk kita menerima kenyataan tentang hakikat sebenar.

Boleh dikatakan setiap produk yang kita gunakan seharian adalah buatan Israel atau penyumbang kepada Israel seperti, Nescafe, Maggie, Coke, Fanta, Sprite, Johnson & Johnson, Revlon, L'Oreal dan banyak lagi.

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika..

Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ,KFC
Produk :Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut
Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun1998.

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan.
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian melabur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan Lo real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer
Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene , Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action500, Bonux, Mr CleanMARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, BrebbiesHASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, TigerGILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, WatermanCOLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic


wallahua'lam

Posted by cikgu k.a at 18:15 2 comments
Labels: ISU-ISU SEMASA