Saturday, April 21, 2012

BENGKEL MENJAWAB SEJARAH PMR SEKOLAH MEN.TAHFIZ PASIR GUDANG

Bengkel Menjawab Sejarah PMR bersama calon PMR telah diadakan di dewan SM Tahfiz Tmn Mawar Pasir Gudang pada 20 April 2012. Refleksi yang saya dapat dari bengkel tersebut adalah kemampuan pelajar tersebut tidak kurang hebatnya berbanding pelajar sekolah berasrama penuh atau sekolah kawalan. Subhanallah,berkat belajar agama, Allah kurniakan kepada mereka kecerdikan dan kelebihan di dunia lagi.




Thursday, April 19, 2012

CERAMAH CEMERLANG SEJARAH PMR

Ceramah Cemerlang Sejarah untuk calon PMR di SMK Tmn Universiti telah diadakan pada 19 April 2012 di Dewan Sekolah. Semoga calon PMR SMKTU yang berjumlah lebih 600 orang akan meneruskan pencapaian cemerlang dalam subjek ini sepertimana tahun-tahun yang lalu.