Thursday, May 24, 2012

TAKLIMAT PENATARAN PENTAKSIRAN SEJARAH SPM KERTAS 3 PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG

TARIKH  : 23 - 24 MEI 2012
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PPD DAERAH PASIR GUDANG
Taklimat Sejarah SPM Kertas 3 oleh Tn Hj Abd Rahman Jamaludin 
(Penyelia Peperiksaan JPNJ)
           Penerangan Perkembangan terkini Sejarah SPM Kertas 3 oleh En Azman Accuntan
 (JU Kebangsaan)
Peserta taklimat dan bengkel dihadiri oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua bidang,Ketua Panitia dan guru sejarah yang mengajar tingkatan 4 dan 5




Thursday, May 10, 2012

KEM KECEMERLANGAN JULANG PMR 2012





SMK Kota Masai ( "abang" kepada SMK Kota Masai 2) telah berjaya menganjurkan Kem Kecemerlangan Julang PMR 2012 pada 6-8 Mei 2012 bertempat di Mutiara Resort, Sedeli, Kota Tinggi.
Program anjuran GBK sekolah tersebut telah menghimpunkan calon nemerlang PMR  selama dua hari untuk didedahkan dengan pelbagai kemahiran belajar dan menjawab peperiksaan . 

Sesi bengkel menjawab Sejarah telah diadakan pada hari terakhir bermula jam 8.00-10.00 pagi. Doa kami agar semua calon PMR yang menjadi harapan sekolah dan ibu bapa dapat meneruskan kecemerlangan. SKOMAS boleh !!.

Saturday, May 5, 2012

LAWATAN JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI

Anggota JNJK bersama barisan pentadbir SMKKM2  

Jemaah Nazir &Jaminan Kuliti telah membuat pemeriksaan/penilaian terhadap SMKKM2 pada 2 Mei 2012 yang lalu. Pasukan tersebut berada  di sekolah sejak jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang. Di antara aktiviti  yang dilaksanakan di sepanjang lawatan kerja tersebut adalah sesi pengenalan bersama ppihak pentadbir, tayangan video,pemeriksaan dokumentasi,pencerapan P&P,temu bual bersama guru dan murid serta dialog.