Monday, March 26, 2012

CERAMAH TEKNIK P&P BERKESAN SEJARAH DAERAH PASIR GUDANG


Seorang peserta sedang menyiapkan tugasannya..


En Zaki (GC Sejarah)dari SMK Bdr Seri Alam turut menjayakan program tersebut.

Salah seorang guru sedang memberi pendapat tentang kaedah P&P berkesan...


KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU SEJARAH DAERAH PASIR GUDANG Telah diadakan pada 24 Mac 3012 di UNIKL , Bdr Seri Alam. Majlis bermula jam 8.00 pagi dengan ucapan amanat dari Pengerusi JKD Sejarah Daerah PG, En Supiandi Yusof . Selepas itu, program diteruskan dengan sesi ceramah Teknik P&P berkesan oleh En Abd Aziz Maryani dan dilkuti taklimat dan bengkel pembinaan Item oleh Pn Rohayati Jemani, GC Sejarah PG.
Majlis penutup disempurnakan oleh En Hashim, Pen PPD (Sains Kemasyarakatan)

Thursday, March 8, 2012

TAKLIMAT PBS SEJARAH PMR 2012 DAERAH PASIR GUDANG






Taklimat PBS Sejarah PMR 2012 untuk semua ketua pentaksir sekolah di daerah Pasir Gudang telah diadakan pada 8 Mac 2012 di Makmal Bahasa SMK Tmn Desa Tebrau, Pasir Gudang. Semua sekolah menengah (35 buah) di Pasir Gudang telah menghantar wakilnya yang juga merupakan Ketua Panitia Sejarah / Ketua Bidang Sains Kemasyarakatan.

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012

Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Tugasan Bagi Kerja Kursus Sejarah PMR 2012



Tugasan 1


Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :


i. makanan

ii. pakaian

iii. kraf tangan

iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )


Panduan :

-Pilih pembuatan/hasilan IKS/ kecil-kecilan. Pembuatan oleh Syarikat gergasi(makanan) /sudah tersohor tidak dibenarkan spt Gardenia,Ramli Burger,Babas,Alagapas,Coca -cola dll

-mesti produk tempatan/ Malaysia,

cadangan :

- kalau nak buat kerja kursus dengan lebih mudah cari mana-mana pengusaha makanan / pakaian / kraftangan / tukang yang berdekatan dengan tempat anda

- perkara ini akan memudahkan kita membuat kajian terutama dalam hal kaedah melawat tempat kajian

- jadi kita boleh gunakan ia sebagai satu daripada bahan untuk elemen 1

- contoh produk makanan rasanya ialah pengeluaran kerepek
bahulu /
dodol /
mi /
kicap /
budu /
cencalok /
mi siput /
kuih raya
pau
roti
dll yang sesuai

ciri sama - ada sejuk beku / ada sistem packing/ pembungkusan /jualan secara atau skala besar

- bagi pakaian : pakaian tradisional spt baju kurung / baju Melayu /pakaian tradisi kaum / songket / batik.
-menggunakan teknologi mudah

- kraftangan ialah tajuk yang paling senang kerana banyak tempat ada benda ini macam perushaan batik / songket / songkok / keris / tikar / alatan berasaskan buluh , kraftangan daripada rotan / kraftangan daripada kertas surat khabar dll.
- menggunakan teknologi mudah

- Pertukangan kayu atau logam /besi.Bersifat setempat. Hasilan berasaskan simen/kapur tidak diterima.


- Kalau pengusaha itu perlukan surat daripada sekolah biasanya pihak sekolah akan sediakan awal-awal lagi untuk semua pelajar – kena rujuk cikgu sejarah tingkatan 3