Thursday, March 8, 2012

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012

Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Tugasan Bagi Kerja Kursus Sejarah PMR 2012



Tugasan 1


Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :


i. makanan

ii. pakaian

iii. kraf tangan

iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )


Panduan :

-Pilih pembuatan/hasilan IKS/ kecil-kecilan. Pembuatan oleh Syarikat gergasi(makanan) /sudah tersohor tidak dibenarkan spt Gardenia,Ramli Burger,Babas,Alagapas,Coca -cola dll

-mesti produk tempatan/ Malaysia,

cadangan :

- kalau nak buat kerja kursus dengan lebih mudah cari mana-mana pengusaha makanan / pakaian / kraftangan / tukang yang berdekatan dengan tempat anda

- perkara ini akan memudahkan kita membuat kajian terutama dalam hal kaedah melawat tempat kajian

- jadi kita boleh gunakan ia sebagai satu daripada bahan untuk elemen 1

- contoh produk makanan rasanya ialah pengeluaran kerepek
bahulu /
dodol /
mi /
kicap /
budu /
cencalok /
mi siput /
kuih raya
pau
roti
dll yang sesuai

ciri sama - ada sejuk beku / ada sistem packing/ pembungkusan /jualan secara atau skala besar

- bagi pakaian : pakaian tradisional spt baju kurung / baju Melayu /pakaian tradisi kaum / songket / batik.
-menggunakan teknologi mudah

- kraftangan ialah tajuk yang paling senang kerana banyak tempat ada benda ini macam perushaan batik / songket / songkok / keris / tikar / alatan berasaskan buluh , kraftangan daripada rotan / kraftangan daripada kertas surat khabar dll.
- menggunakan teknologi mudah

- Pertukangan kayu atau logam /besi.Bersifat setempat. Hasilan berasaskan simen/kapur tidak diterima.


- Kalau pengusaha itu perlukan surat daripada sekolah biasanya pihak sekolah akan sediakan awal-awal lagi untuk semua pelajar – kena rujuk cikgu sejarah tingkatan 3

No comments:

Post a Comment