Sunday, August 5, 2012

PANAS !!...FOKUS SEJARAH SPM (T5)

TAJUK FOKUS SEJARAH KERTAS 2 SPM 2012

 (TEMA 10)


MODUL LATIHAN TEMA 11 (BAB 3 – BAB 8 TINGKATAN LIMA)



TAJUK-TAJUK FOKUS TEMA 11

BAB
TAJUK / SUBTAJUK
3


Pembinaan Negara dan Bangsa
  • Konsep dan amalan realpolitik
  • Amalan realpolitik dalam pembinaan negara bangsa Itali dan Jerman
  • Prinsip pembinaan negara Islam Madinah
  • Keunikan pembinaan negara Malaysia
3
Warisan Negeri Melayu
  • Kandungan dan persamaan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu
  • Latar belakang Sistem Jemaah Menteri Kelantan serta bidang tugas jemaah Menteri
  • Prinsip demokrasi yang terdapat dalam pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan
5
Pakatan Murni
  • Maksud dan matlamat pakatan murni
  • Penubuhan JHAK dan matlamat penubuhannya
  • Hasil rundingan antara UMNO dengan JHAK
  • Peranan Dato’ Onn Jaafar ke arah mewujudkan pakatan murni
  • Langkah mewujudkan pakatan murni antara kaum
  • Kejayaan pakatan murni
5
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • Keanggotaan dan peranan Suruhanjaya Reid
  • Isu yang diberi keutamaan oleh Suruhanjaya Reid semasa merangka perlembagaan PTM 1957
  • Proses merangka perlembagaan PTM 1957
  • Isi Perjanjian PTM 1957
  • Kepentingan Perjanjian PTM 1957
6
Faktor Pembentukan Malaysia dan Reaksi Terhadapnya
  • Idea pembentukan Malaysia
  • Faktor yang mendorong pembentukan Malaysia
  • Kepentingan pembentukan Malaysia
  • Reaksi Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia
  • Langkah menangani penentangan Indonesia
6
Langkah Pembentukan Malaysia
  • Reaksi rakyat Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia
  • Langkah mendapatkan sokongan rakyat Sarawak dan Sabah
  • Usaha yang dilaksanakan untuk merealisasikan pembentukan Malaysia
  • Nilai yang boleh diambil daripada pembentukan Malaysia
6
Kuasa Pemerintahan
Badan Perundangan
  • Maksud Badan Perundangan
  • Ciri Dewan Negara dan Dewan Rakyat
  • Proses menggubal dan meluluskan undang-undang di Parlimen
Badan Pelaksana
  • Tanggungjawab jemaah menteri
  • Struktur sesebuah kementerian
  • Ciri badan berkanun
  • Suruhanjaya perkhidmatan dan tugasnya
Badan Kehakiman
  • Bidang kuasa badan kehakiman
  • Hirarki mahkamah di Malaysia
  • Status hakim
  • Peranan Peguam Negara
6
Pilihan Raya
  • Maksud pilihan raya
  • Peranan dan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya
  • Maksud pilihan raya umum dan pilihan raya kecil
  • Keadaan yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan
  • Proses pilihan raya
  • Syarat menjadi calon dalam pilihan raya
  • Kelayakan menjadi pengundi dalam pilihan raya
6
Perpaduan Kebangsaan
  • Kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Malaysia
  • Langkah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
  • Objektif kerajaan mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
  • Ciri Kebudayaan Kebangsaan
  • Sebab sukan boleh berperanan ke arah mewujudkan perpaduan
6
Wawasan 2020
  • Matlamat Wawasan 2020
  • Teras kemajuan bersepadu 
  • Cabaran Wawasan 2020
  • Strategi menghadapi cabaran Wawasan 2020
  • Ciri masyarakat Malaysia pada tahun 2020
  • Tanggungjawab merealisasikan Wawasan 2020

Rujukan : http://cgzakariasej.blogspot.com/2012/04/tajuk-fokus-sejarah-
kertas-2-spm-2012.html

Petunjuk :


Tajuk Pilihan Pertama



Friday, August 3, 2012

BENGKEL SEJARAH KERTAS 3 SMK PERMAS JAYA 2 PADA 1 OGOS 2012

Menerima cebderahati dari Pengetua SMKPJ3



 Kumpulan Tingkatan 4 sedang berbincang dalam sesi perbengkelan secara santai.


CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SEJARAH PMR DI SMK MOUNT AUSTIN
(26 JULAI 2012)






Sunday, June 24, 2012

CERAMAH STRATEGI & KAEDAH MENJAWAB SEJARAH PMR

     Ceramah Strategi dan Kaedah Menjawab Sejarah PMR  telah 
diadakan di SMK Tmn Desa Jaya pada 21 Jun 2012 di dewan sekolah SMKTDT.
                                             



Thursday, May 24, 2012

TAKLIMAT PENATARAN PENTAKSIRAN SEJARAH SPM KERTAS 3 PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG

TARIKH  : 23 - 24 MEI 2012
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PPD DAERAH PASIR GUDANG
Taklimat Sejarah SPM Kertas 3 oleh Tn Hj Abd Rahman Jamaludin 
(Penyelia Peperiksaan JPNJ)
           Penerangan Perkembangan terkini Sejarah SPM Kertas 3 oleh En Azman Accuntan
 (JU Kebangsaan)
Peserta taklimat dan bengkel dihadiri oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua bidang,Ketua Panitia dan guru sejarah yang mengajar tingkatan 4 dan 5




Thursday, May 10, 2012

KEM KECEMERLANGAN JULANG PMR 2012





SMK Kota Masai ( "abang" kepada SMK Kota Masai 2) telah berjaya menganjurkan Kem Kecemerlangan Julang PMR 2012 pada 6-8 Mei 2012 bertempat di Mutiara Resort, Sedeli, Kota Tinggi.
Program anjuran GBK sekolah tersebut telah menghimpunkan calon nemerlang PMR  selama dua hari untuk didedahkan dengan pelbagai kemahiran belajar dan menjawab peperiksaan . 

Sesi bengkel menjawab Sejarah telah diadakan pada hari terakhir bermula jam 8.00-10.00 pagi. Doa kami agar semua calon PMR yang menjadi harapan sekolah dan ibu bapa dapat meneruskan kecemerlangan. SKOMAS boleh !!.

Saturday, May 5, 2012

LAWATAN JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI

Anggota JNJK bersama barisan pentadbir SMKKM2  

Jemaah Nazir &Jaminan Kuliti telah membuat pemeriksaan/penilaian terhadap SMKKM2 pada 2 Mei 2012 yang lalu. Pasukan tersebut berada  di sekolah sejak jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang. Di antara aktiviti  yang dilaksanakan di sepanjang lawatan kerja tersebut adalah sesi pengenalan bersama ppihak pentadbir, tayangan video,pemeriksaan dokumentasi,pencerapan P&P,temu bual bersama guru dan murid serta dialog.