Thursday, January 28, 2010

Friday, January 23, 2009
Sejarah Yang Dilupakan

SEPANJANG perjalanan dari Taiping ke Kuala Sepetang (Port Weld), yang jaraknya kira-kira 12 kilometer dari Bandar Taiping, Perak kelihatan banyak pokok besar di sepanjang jalan terutama di kawasan Matang yang mungkin usianya mencecah ratusan tahun.
Pokok besar itu dikatakan ditanam oleh penjajah Inggeris dengan tujuan tertentu, ada yang mendakwa sebagai penanda kawasan laluan, penanda pendudukan kolonial dan ada juga yang mengatakan ia satu daripada kempen alam sekitar.
Laluan darat itu sebenarnya bersebelahan landasan kereta api bersejarah antara Taiping ke Port Weld sejauh 12 kilometer (km).
Di antara puluhan pokok besar itu, ada dua batang pokok besar, setinggi kira-kira 20 meter dan mungkin usianya mencecah hampir ratusan tahun yang terletak di arah bertentangan dengan pokok yang dikatakan ditanam oleh penjajah Inggeris.
Saiz ketinggiannya jika ditebang untuk dijadikan balak, ia boleh dipotong dua balak atau tual iaitu satu tual panjangnya bersamaan dengan saiz lori balak. Ukir lilit dianggarkan lebih satu pemeluk orang dewasa.
Dua pokok mempelam pauh itu terletak di satu selekoh. Kedudukannya agak terpinggir, kawasannya tidak dijaga, dipenuhi lalang manakala sebuah rumah lama di tepinya kelihatan usang dan terbiar. Jika diteliti, kedudukannya di sebelah kanan dari arah Taiping betul-betul berdepan dengan Kompleks Sejarah Matang.
Mungkin ramai yang tidak peduli atau tidak tahu, di situlah sebenarnya British menggantung sehingga mati tiga pejuang dan pemimpin Melayu yang disabitkan kesalahan bersubahat dan membunuh Residen Perak yang pertama, James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch di Pasir Salak.
Dato Seri Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pandak Indut menghembuskan nafas terakhir di tali gantung yang diikat pada pokok induk mempelam pauh berkenaan.
Ketika berlakunya pembunuhan Birch, Pandak Indut adalah orang pertama yang merejam lembing kepada residen British itu disusuli libasan lembing oleh Si Puntung. Pandak Indut atau nama sebenarnya Ngah Kamdin dan menantunya, Dato Maharaja Lela disabitkan kesalahan bersubahat dalam serangan itu.
Pembunuhan pada 2 November 1875 itu banyak dicatatkan buku sejarah, jurnal, perbincangan tetapi yang pasti ia adalah kemuncak sejarah perjuangan Melayu menentang penjajah di Pasir Salak. Ia adalah sejarah agung yang dikenang sebagai bukti perjuangan demi cintakan bangsa, agama dan tanah air.

Info Pahlawan Melayu tulen
-Pandak Indut, Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor digantung mati pada Januari 1877 di Matang.
-Dato Maharaja Lela dan Pandak Indut dikebumikan di tebing Sungai Larut.
-Berlaku hakisan tebing menyebabkan kedua-dua kubur itu musnah.
-Kubur Pandak Indut, dibina semula di satu kawasan berhampiran Masjid Tengku Menteri, Matang, kira-kira 20 minit perjalanan dari kawasan pokok mempelam berkenaan.

Dato Maharaja Lela
-Dato Seri Maharaja Lela adalah gelaran berasal dari Melaka.
-Di Perak, beliau adalah Ketua Orang Besar Delapan dan berkuasa menghukum pesalah serta bertanggungjawab mempertahankan raja.
-Mempunyai sumber penguasaan cukai wilayah penguasaannya di Pasir Salak hingga ke Sungai Dedap.
-Frank Swettenham dalam bukunya ‘Stories and Sketched’ mencatatkan Maharaja Lela seorang yang gagah dan berkedudukan tinggi.
-Berkedudukan tempat ketujuh dalam senarai kekananan daripada kedudukan Sultan Abdullah
-Mempunyai anak bernama Rasiah
-Dihukum mati kerana terbabit dalam pembunuhan Birch.

Pandak Indut
-Bapa mentua kepada Dato Maharaja Lela
-Pahlawan Melayu aktif menentang British
-Menerima pedang daripada Dato Maharaja Lela untuk membunuh Birch yang mengarahkan menampal surat pengumuman di Pasir Salak.
-Beliau adalah orang pertama mengoyak surat ditampal Mat Arshad dan menikam suruhan Inggeris itu dengan lembing.
-Ditangkap di Kota Lama pada Julai 1876 atas tuduhan membunuh Birch.

Dato Sagor
-Nama panggilan kepada Ngah Kamdin yang bergelar Datuk Seri Agar Diraja, Orang Besar Delapan, Perak
-Diputerakan di Kampung Gajah tetapi berhijrah ke Larut pada usia muda mengusahakan lombong bersama Che Ngah Ibrahim.
-Mempunyai 9 anak iaitu, Long Mabu, Alang Siap, Uda Bidah, Itam Jailah, Anjang Abdullah, Teh -Nasa, Mat Dagang, Kulob Satar dan Alang Ismail.
-Keturunan Teh Nasa paling menonjol, anak keduanya melahirkan Hamzah, Ngah Mutalib, Hajjah Rahmah dan Mohd Abas.
-Mohd Abas pernah menyandang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selama lima penggal.
-Anak saudaranya, Tan Sri Ramli Ngah Mutalib adalah bekas Menteri Besar Perak.

Info pembunuhan Birch
-Raja Abdullah meminta sokongan British membolehkan dirinya merebut takhta menjadi sultan. -Perjanjian Pangkor dimeterai dengan British pada 20 Januari 1874 mengiktiraf Raja Abdullah menjadi Sultan Perak manakala sultan sedia ada iaitu Sultan Ismail diturunkan daripada takhta.
-JWW Birch dilantik sebagai residen pertama di Perak.
-Memperkenalkan pelbagai peraturan baru menekan pembesar serta penduduk termasuk cukai tinggi.
-Sultan Abdullah dipaksa menandatangani surat memberi hak kepada British memerintah Perak dengan ugutan akan dilucutkan takhta.
-Baginda bermesyuarat dengan pembesar negeri di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875. Usul membunuh Birch dikemukakan dengan pelbagai cadangan antaranya meracun dan menikamnya.
-Sultan Abdullah terpaksa bersetuju menyerahkan Perak diperintah British pada 2 Oktober 1875.
-Pada 15 Oktober 1875, Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir William Jervois mengumumkan Perak akan diletakkan di bawah pentadbiran British diketuai seorang pesuruhjaya.
-pengisytiharan ditampal di seluruh Perak. Mulanya ditampal di kawasan kediaman Birch di Bandar Baharu dengan diikuti istiadat tembakan meriam 21 das sebelum ditampal di tempat lain.
-Datuk Maharaja Lela mengarahkan pengikutnya membina kubu di Pasir Salak kerana yakin Birch akan datang ke kawasannya untuk menampalkan surat pengumuman.
-Birch tiba di Pasir Salak menggunakan rumah rakit dan perahu pada malam 1 November 1875. -Esoknya, jurubahasa Birch, Mat Arshad diarah ke rumah Datuk Maharaja Lela meminta supaya menghadap Birch.
-Mat Arshad dan pengikutnya dilarang menampal surat cukai tetapi tetap berdegil menyebabkan penduduk berang dan mengoyak surat.
-Pandak Indut yang tercabar dengan tindakan Mat Ashad menikam suruhan Inggeris dan tindakan itu seolah-olah satu isyarat supaya orang Melayu bertindak.
-Penduduk Pasir Salak mengamuk dan menyerbu ke rumah rakit Birch sambil merejam lembing.
-Askar pengawal Birch ketakutan dan melarikan diri meninggalkan rumah rakit itu tanpa pengawal meninggalkan Birch yang sedang mandi.
-Rejaman lembing penduduk menembusi rumah rakit itu seterusnya menusuk jasad Birch dan beliau cuba menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai.
-Ketika timbul tercungap-cungap di permukaan air, Si Puntung, pengikut Datuk Maharajalela menetak kepala lelaki asing itu menggunakan pedang.

4 comments:

  1. Assalamualikum,
    Tahniah diucapkan.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih.Baru nak belajar.Sila tunjuk bantu untuk kebaikan pejar kita, subjek kita. SEJARAH MENCIPTA SEJARAH.

    ReplyDelete
  3. sedikit perubahan sudah dibuat pada Blog Tuan.
    Tq,-Ckgu Rieyzal-

    ReplyDelete
  4. Saturday, May 23, 2009
    Faktor-faktor Imperialisme Barat

    1.Geografi
    2.Revolusi Perindustrian
    3.Sistem perhubungan dan pengangkutan
    4.Persaingan kuasa-kuasa Barat
    5.Beban Orang Putih

    1. Geografi

    -Kedudukan yang strategik yang terletak di laluan China dan India
    -Menjamin pasaran yang lebih luas
    -Tanah yang subur
    -Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah seperti Tanah Melayu dan Indonesia- bijih timah,
    -Thailand- bijih timah dan kayu jati
    -Burma- kayu jati
    -Filipina- tebu dan kelapa

    2.Revolusi Perindustrian

    Menyebabkan dasar imperialisme berubah.
    Peringkat awal dasar kuasa barat menguasai barang dagangan mewah
    Selepas revolusi perindustrian, pelbagai barang kilang dikeluarkan secara besar-besaran
    Ini meningkatkan keperluan bahan mentah dan pasaran baru
    Kesannya imperialisme Barat pesat di China, India dan Asia Tenggara

    3.Sistem perhubungan dan pengangkutan

    Kapal wap menyebabkan muatan lebih banyak diangkut
    Mempercepatkan perjalanan Timur – Barat
    Pembukaan Terusan Suez 1869 yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah memendekkan jarak perjalanan antara Barat dan Timur
    Penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez menjadikan perjalanan lebih selamat & menjimatkan kos

    4. Penciptaan telegraf

    Kuasa imperialis dapat memberi arahan kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dengan lebih cepat.
    Ahli-ahli perniagaan dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur dan urusan perniagaan menjadi lebih mudah
    Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat

    5. Persaingan kuasa-kuasa Barat

    Kesannya negara di Asia Tenggara menjadi rebutan tanah jajahan
    Semakin luas jajahan,
    semakin tinggi sanjungan diterima
    Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa barat.

    6. Beban kulit putih dan tugas sebarkan tamadun

    Mendakwa kuasa barat lebih maju dan bertamadun
    Bertanggungjawab membantu dan memajukan penduduk di Asia
    British & Belanda – beban kulit putih
    Peranchis – tugas sebarkan tamadun
    Mubaligh Kristian bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.

    ReplyDelete