Thursday, July 14, 2011

Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun


PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN

Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.
Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.
Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.

Sunday, July 3, 2011

14 Februari : Ada Peristiwa Lebih Penting Dari Valentine


Tanggal 14 Februari. Terserahlah, sama ada untuk bergembira dengan Saint Valentine (Valentine's Day) yang tiada dalam sejarah tempatan, atau terharu dengan The Last Man Standing dalam sejarah keberanian dan kepahlawanan Melayu, sehinggakan ke tahap pertempuran menggunakan benet dan akhirnya gugur sebagai bunga bangsa.

Mari baca riwayatnya melalui Wikipedia: Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baharu - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Leftenan (Lt.) Adnan Saidi, menjadikan jumlah keseluruhannya 42 orang. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan memerintahkan orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari 1942, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen tentera Sikh daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara.

Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Rejimen Askar Melayu bertempur dengan gagah berani sehingga gugur. Walaupun Lt. Adnan terkorban, lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh Lt. Adnan dan regimennya. (Wikipedia)

Maka, apabila tiba 14 Februari, ingatlah Lt. Adnan dan Kompeni C nya yang pernah memalukan tentera Jepun yang kononnya hebat dengan kamikazinya. Yang kononnya hebat dengan Shogun dan Ninjanya.

Semoga Allah Taala Yang Maha Pengasih menempatkan wira-wira ini ditempat orang-orang yang mati syahid. Amin.

Al-Fatihah buat bunga-bunga bangsaku.

Kajang, Selangor


Read more: http://blogtamingsari.blogspot.com/2011/02/14-februari-ada-peristiwa-lebih-penting.html#ixzz1R3gTgvSe

Wednesday, June 15, 2011

DI MANA KUBUR BESAR DUNIA ?

Tidak ada bangunan di dunia ini yang boleh menandingi jambatan Golden Gate sebagai tempat favorit untuk bunuh diri. Sejak selesai dibina hingga saat ini,(2009) kira-kira 1300 kes bunuh diri berlaku di jambatan ini.

Pada tahun ini secara purata adalah 3 kes bunuh diri sebulan dengan terjun dari jambatan ini . Pada masa ini, catatan jumlah membunuh diri udah dihentikan!. . Sebagian dari kes bunuh diri ini dirakam oleh kamera yang dipasang di beberapa bahagian jambatan terebut.

Bandingkan tingginya kes bunuh diri ini dengan tempat lain – contohnya Menara Eiffel yang merekod peristiwa bunuh diri sebanyak 400 kes – walaupun menara ini dibina jauh lebih awal daripada jambatan Golden Gate, San Francisco.

Sebagai renungan bersama :

i. Firaun yang kejam -mengejar Nabi Musa - mati tenggelam dalam air Laut Merah

ii.J.W.W Birch yang sombong -turut mati dibunuh semasa mandi di Sungai Perak

iii.Pilihan utama manusia bunuh diri -Jambatan Golden Gate yg di bawahnya ada air yang sejuk dan dalam.

Air...Air...Air....kubur besar untuk orang yang sombong dan jauh dari rahmat Allah ?


Wednesday, May 25, 2011

Tajuk Panas Sejarah SPM 2011

Tajuk-Tajuk PANAS Sejarah SPM 2011

Tema 7 : Tingkatan 4

Bab 1 :
a)Tamadun Hwang Ho
b)Tamadun Indus

Bab 2 :
a)Tamadun Yunani
b) Ekonomi dan pendidikan Tamadun India

Bab 3 :
a)Pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara
b)kepentingan monumen / Bahasa Sanskrit

Tema 8 : Tingkatan 4

Bab 5 :
a)Piagam Madinah,
b)Pembukaan Semula Kota Makkah

Tema 9 : Tingkatan 4

Bab 9 :
a)Revolusi Pertanian
b) Reformation

Bab 10:
a)Undang-Undang Tanah di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak,
b)Dasar Pertanian
c)Kedatangan Imigran China dan India,

Tema 10 : Tingkatan 5

Bab 1:
a) Birokrasi barat di Thailand dan Filipina,
b) Nasionalisme di Thailand

Bab 2 :
a)Gerakan Islah,
b)Peranan majalah dan Novel

Tema 12 : Tingkatan ( Tema wajib )

Bab 9 : Perang Dunia Pertama

Sunday, May 15, 2011

Kehebatan Genghis Khan




Dari segi sejarah terdapat nama-nama yang memiliki kegilaan untuk keluar menguasai dunia dan telah berjaya memperoleh kejayaan yang memberangsangkan dengan menguasai wilayah seperti Alexander The Great, Genghis Khan, Napoleon Bonaparte dan Adof Hitler yang tidak boleh dilakukan oleh sebarangan orang.

Namun Genghis Khan lebih hebat daripada mereka bertiga kerana beliau mengusai wilayah yang lebih besar daripada mereka dan pengaruhnya bertahan lebih lama.

Napoleon dan Hitler dapat dikalahkan ketika masih hidup dan penaklukan mereka juga agak singkat.

Adapun Alexander tidak dapat dikalahkan tetapi beliau tidak menamakan penggantinya dan empayarnya runtuh selepas kematiannya.

Tetapi Genghis Khan berjaya menyusun penaklukannya dan anak cucunya mampu meneruskan penguasaan bahkan Mongol mampu mempertahan kuasanya beberapa abad selepas kematiannya.

Seperkara lagi, jika Christopher Columbus, Simon Boliver dan Thomas Edison tidak wujud mungkin ada orang lain yang akan menemui benua Amerika, membebaskan Amerika Selatan atau mencipta cahaya elektrik.

Namun tanpa Genghis Khan penaklukan Mongol abad ke 13 Masehi mungkin tidak berlaku dan suku kaum Mongol tidak pernah bersatu sebelum abad tersebut serta mereka tidak pernah bersatu semula.

Bahkan dapat juga dikatakan bahawa Genghis Khanlah sebagai tokoh utama dalam sejarah serangan Mongol. Beliau telah melaksanakan satu kombinasi taktik ketenteraan dan perang urat saraf untuk mencantas kemungkinan adanya saingan terhadap kekuasaan Mongol.
Sumber: Ustaz Shahrul Azmi Sidek

Thursday, May 5, 2011

Kajian kurikulum Sejarah tidak wajar cetuskan prasangka buruk rakyat

TRANSFORMASI pendidikan membabitkan kurikulum sekolah rendah dan menengah membuktikan kerajaan amat prihatin dengan perkembangan pendidikan disediakan untuk rakyat. Langkah itu dilakukan secara menyeluruh bagi melahirkan pelajar yang bukan saja cemerlang akademik dan kokurikulum, malah bertujuan membentuk masyarakat patriotik yang mampu mengamalkan semangat perpaduan. Kajian semula kurikulum, khususnya bagi mata pelajaran Sejarah tentunya mengambil kira beberapa perkara yang boleh membentuk keperibadian pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Justeru, adalah penting dalam melakukan transformasi ini, apa juga fakta tidak tepat diperbetulkan dan diselaraskan agar tidak timbul perasaan tidak puas hati mana-mana golongan dalam masyarakat apabila Sejarah menjadi antara mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013. Langkah mewujudkan jawatankuasa khas mengkaji maklum balas dan pandangan semua pihak termasuk guru, pelajar, pensyarah maktab perguruan dan penyelidik di pusat pengajian tinggi adalah langkah bijak dan kena pada masanya.

Seperti kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, matlamat kurikulum Sejarah yang akan diperkenalkan kelak, harus mampu melahirkan pelajar yang cintakan tanah air, sekali gus memperkukuhkan semangat setia negara sejajar gagasan 1Malaysia diilhamkan Perdana Menteri. Kajian itu adalah juga sebahagian daripada transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang diguna pakai sekarang. Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu, sementara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun Satu. Bagaimanapun, murid yang memasuki Tahun Satu tahun ini akan mempelajari mata pelajaran Sejarah buat pertama kali di sekolah rendah apabila mereka melangkah ke Tahun Empat. Langkah ini menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan yang dipelajari sekarang bagi menerapkan nilai kewarganegaraan di kalangan generasi muda yang semakin terhakis.


Wednesday, April 27, 2011


Kurikulum Tersembunyi

Sekiranya kita ke sekolah dengan anggapan bahawa pendidikan yang kita terima itu adalah semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan, maka anggapan itu sebenarnya adalah salah. Terdapat banyak kurikulum tersembunyi yang terdapat di sebalik semua mata pelajaran yang kita pelajari sehari hari.Mungkin kerana terlalu asyik dengan pencapaian yang bakal di perolehi dan terlalu memikirkan tentang peperiksaan maka kita terlupa mengenai 'ilmu' yang tersembunyi itu.Apa yang telah kita pelajari itu secara tidak sedar itu sebenarnya telah membantu kita dalam peperiksaan dan lebih utama ia sebenarnya membantu kita menjalani hidup kita. Misalnya, tindakan disiplin mengajar kita bahawa setiap perlakuan kesalahan yang kita lakukan itu ada akibat buruknya. Dari situ kita juga belajar bahawa apa sahaja perlakuan yang kita lakukan pasti akan ada kesan dan akibat sama ada baik mahupun buruk. Selain daripada itu, ada banyak lagi perkara tersembunyi yang kita pelajari ketika di sekolah sama ada secara langsung daripada guru ataupun secara tidak langsung daripada sumber lain. Antaranya ialah : 1. Cara-cara meramal kesan atau akibat 2. Cara-cara membaca 3. Cara-cara membezakan antara fakta dengan 'auta' 4. Cara-cara memberikan penekanan 5. Cara-cara menjadi kreatif 6. Cara-cara berkomunikasi dengan jelas 7. Cara-cara belajar 8. Cara-cara untuk kekal sihat 9. Cara-cara untuk menghargai diri sendiri 10.Cara-cara untuk hidup yang penuh bermakna Jika kita sebagai guru mengambil sedikit waktu untuk menjelaskan beberapa manfaat tersembunyi yang terdapat dalam mata pelajaran masing-masing, para pelajar mungkin lebih prihatin, teruja dan berkeinginan untuk mempelajarinya. Sekiranya kurikulum tersembunyi ini terus dibiarkan dalam keadaan tersembunyi, kita mungkin akan berhadapan dengan para pelajar yang hanya belajar untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata dan tidak dapat memanfaatkan mata pelajaran itu sepenuhnya.

Sunday, April 17, 2011

Mata Pelajaran Sejarah Semakin Mantap !





Mata pelajaran Sejarah menjadi subjek terawal dalam projek LMS di Negeri Johor. Program tersebut dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Secara umum, program tersebut seperti program Score A yang memang telah dikenali ramai. Pada minggu lepas, sebahagian guru sejarah di Negeri Johor telah dipilih untuk membantu memantapkan program tersebut. Syabas BTPNJ dan Panel Perunding Mata pelajaran Sejarah Negeri Johor.

Saturday, April 9, 2011

MAJLIS PENTAULIAHAN PEMIMPIN KRS DAERAH PASIR GUDANG





Majlis Pentauliahan Pemimpin Tertinggi KRS Daerah Pasir Gudang telah dilaksanakan di Dewan Umar Abd Aziz di SMKA Pasir Gudang pada 9 April 2011.

Monday, April 4, 2011

Pendidikan Sejarah bukan Indoktrinasi

Pendidikan sejarah bukan indoktrinasi

Sejarah sebenarnya untuk memahami kompleksiti dalam sesebuah masyarakat atau negara. Melalui sejarah, kita boleh mengambil iktibar dan teladan daripada sesuatu peristiwa.

Banyak nilai murni yang boleh dipelajari seperti nilai kemanusiaan sejagat, semangat setia kawan, mengelak konflik dan pergaduhan atau konfrontasi.

Di samping itu, pelajar juga boleh memahami kedinamikan dalam perhubungan dan penyatuan antara kelompok.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), fakta serta asal-usul sesuatu peristiwa akan diterangkan dengan hasrat pelajar akan saling mengenali, hormat-menghormati dan bertoleransi dalam menyelesaikan sesuatu perselisihan faham.

Malah, peranan serta sumbangan kelompok minoriti turut diajar dan sekali gus menafikan bahawa pendidikan Sejarah sebagai satu alat propaganda.

Pendekatan baharu dalam P&P juga tidak lagi memfokus kepada hafalan fakta, sebaliknya menjurus kepada nilai atau sumbangan yang diperoleh daripada sesuatu peristiwa itu.

Begitu juga dalam aspek kisah seseorang tokoh. Bukan peribadi tokoh yang ditonjolkan, tetapi wawasan, keupayaan dan kebolehannya. Sifat dan sikap positif tokoh itu yang perlu dicontohi.

Pelajar juga didedahkan dengan perhubungan diplomatik dan dasar yang melibatkan negara kita dengan negara lain. Hal ini penting agar pelajar memahami manfaat yang diperoleh hasil hubungan erat antara Malaysia dan negara lain.

Pada masa sama, ia juga bagi mengelakkan rakyat kita daripada membuat perkara yang boleh menjejaskan hubungan tersebut.

Justeru, langkah mewajibkan pelajar lulus Sejarah dalam SPM mulai 2013 amat tepat dan menepati aspirasi gagasan 1Malaysia.

Langkah ini pasti akan melonjak pencapaian pelajar dalam subjek itu dan paling utama mereka akan mengamalkan etika hidup yang selaras dengan Perlembagaan negara.

Tambahan pula, ada institusi pengajian tinggi (IPT) yang mula mengenakan pra-syarat wajib lulus Sejarah untuk mengikuti sebarang kursus kelolaannya.

Berdasarkan statistik, prestasi akademik pelajar terbukti semakin baik jika ia diwajibkan lulus seperti subjek Bahasa Melayu yang merekodkan pencapaian lulus melebihi 90 peratus pada tahun lalu.

Sementara itu, subjek Sejarah pada 2010, hanya mencatat 76.4 peratus lulus di bandar dan 75.4 peratus lulus di luar bandar.

Thursday, March 10, 2011

WACANA ILMU GPK PETANG PASIR GUDANG



Seramai 18 orang GPK Petang Daerah Pasir Gudang telah mengadakan Wacana Ilmu & Kunjung Bantu di SMK Kota Masai 2 pada 10/3/11 . Program diisi dengan perbincangan berkaitan persediaan Majlis Pentauliahan GK KRS,bidang tugas GPK Petang dan kandungan SPI yang berkaitan bidang tugas GPK Petang.

Wednesday, March 9, 2011

Panduan Kerja Kursus Sejarah PMR 2011


PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011
Sejarah 21/2
SEJARAHKERJA KURSUSKertas 2
Februari Julai



1. Kertas ini mengandungi dua tugasan.
2. Tugasan 1(a) untuk Elemen 1, Tugasan 1(b) untuk Elemen 2 dan Tugasan 2 untuk
Elemen 3.
3. Calon mesti melaksanakan semua tugasan.


ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah.

2. Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah dari bulan
Februari hingga bulan Julai 2011 berpandukan senarai semak.

3. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian. Tajuk kajianmestilah berkaitan dengan negara kita Malaysia.

4. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen untuk mendapat tahap pencapaian Kod 1,Kod 2 atau Kod 3. Sekiranya calon hanya melaksanakan satu atau dua elemen sahaja, calonhanya layak mendapat Kod 4.

5. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencaridan mengumpul fakta sejarah.

6. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secaraindividu.

7. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3.

8. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripadamana-mana pihak.

9. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halamanmengikut format yang ditetapkan.

10. Hasil kerja kursus calon hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer.
Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman,
saiz 12 dengan langkau 2.0.

11. Hasil kerja kursus calon hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.

12. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan.

13. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursusdilaksanakan.

14. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaansetiap elemen.

15. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai 2011.


TUGASAN 1

Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di negarakita berdasarkan satu daripada tajuk berikut:

(i) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)*
(ii) Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah*
(iii) Pentadbiran Komuniti Setempat*

(* Rujuk Lampiran)

(a) Dokumentasikan fakta sejarah yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
(b) Tulis hasil kajian anda berdasarkan aspek di bawah:

ASPEK
PERINCIAN
Tajuk Kajian
Institusi pentadbiran tempatan.
Senarai Kandungan

Senarai aspek kajian serta dicatatkan nomborhalaman secara tertib.
Penghargaan
Penghargaan kepada pihak yang telah membantupelaksanaan kerja kursus.

Objektif Kajian

Objektif kajian yang mencakupi tajuk tugasan /
iktibar / pengalaman kajian.
Kaedah Kajian
Menghuraikan kaedah kajian dari segi dapatan atauproses kerja.
Hasil Kajian
1 Institusi Pentadbiran Tempatan:
- Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain
- Lokasi
- Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan
- Carta organisasi dan senarai pentadbir

2 Latar Belakang:
- Sejarah penubuhan (Asal usul / Tarikh /Pengasas)
- Undang-undang tubuh / Undang-undangkecil / Garis panduan penubuhan
- Perincian peranan / Tanggungjawab bidangtugas pentadbir
- Cara pelantikan pentadbir tempatan


3 Peranan:
- Ekonomi
- Pendidikan
- Keagamaan
- Kemasyarakatan
- Kebudayaan
- Perayaan
- Pelancongan
- Kebajikan
(Pilih mana-mana empat aspek)

4 Perkembangan:
- Sumber kewangan
- Pembangunan prasarana / Fizikal
- Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan
- Kemajuan yang dicapai
- Pengiktirafan / Penghargaan
- Cabaran yang dihadapi
- Perancangan masa hadapan
- Saranan dan harapan
(Pilih mana-mana empat aspek)

Rumusan

Unsur patriotisme yang diperoleh daripadakajian ini.
Iktibar kepada diri calon, bangsa dan negara.
Lampiran
Gambar, peta, dokumen dan bahan-bahan lainyang berkaitan.
Tulis kapsyen di bawah setiap bahan lampiran yangdisertakan.
Rujukan
Rujukan hendaklah ditulis dengan format yangbetul.


TUGASAN 2


Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsurpatriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan:

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negarakita?


LAMPIRAN

Senarai berikut adalah contoh pentadbiran tempatan. Kajian boleh dibuat terhadappentadbiran tempatan lain yang berkaitan dengan tajuk tugasan.

(a) Pihak Berkuasa Tempatan:
- Dewan Bandaraya
- Majlis Bandaraya
- Majlis Perbandaran
- Majlis Bahagian
- Jajahan / Residensi
- Majlis Daerah / Majlis Daerah Kecil
- Majlis Daerah Luar Bandar

(b) Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah:
- FELDA
- FELCRA / Rancangan Kemajuan Tanah Pinggir
- Petempatan KEDA
- KEJORA
- DARA
- KETENGAH
- KESEDAR

(c) Pentadbiran Komuniti Setempat:
- Mukim
- Kampung / Kampung Baru / Petempatan Orang Asli
- Taman / Kawasan Perumahan / Persatuan Penduduk
- Rumah Panjang
- Ladang / Estet
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR)
[Lihat halaman sebelah
- Pentadbiran Rumah Ibadat

TUGASAN TAMAT