Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

SUNDAY, MAY 16, 2010

Istimewa untuk guru-guru sekolah pendalaman

Lawatan saya melawat rumah panjang mengikuti rombongan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato Shapie Apdal meninggalkan kesan yang mendalam buat saya.

Secara kebetulan, hari mengundi di Sibu ini juga adalah hari Guru.

Ingin saya dedikasikan sajak Usman Awang ini kepada guru-guru di sekolah-sekolah pendalaman yang berkorban membela generasi hadapan kita dengan segala kekurangan dan kekangan.

Mereka adalah pejuang yang perlu dihargai.


Guru Oh! Guru

Oleh Usman Awang

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
































































No comments:

Post a Comment