Sunday, June 20, 2010

Cerita Orang Dewasa dan Cerita Pelajar

Entahlah!.Bermula dengan pelajar meninggal setelah dipukul oleh 24 pelajar, banyak pulak kes pelajar dipukul menyusul dlam media. Yang terakhir ialah tentang pelajar yang dipukul di asrama.Siap dapat rakam pulak tu.Mengeluh panjang saya. Apa nak jadi pada pelajar-pelajar kita. Mereka ni tak sedar yang mereka bakal menerajui negara kelak. Kalau dah muda-muda guna kekerasan untuk menyelesaikan masalah, apakah agaknya tindakan yang bakal diambil kelak apabila masalah menguji mereka.

Tapi ye pulak. Apakah punca mereka sanggup berbuat demikian? Salah ibu bapa? Salah guru? Salah sekolah atau salah empunya diri? Agaknya kini bukannya masa untuk mencari salah sesiapapun. Yang perlu dicari ialah jalan penyelesaian. Tapi sebelum itu, saya terfikir juga, mungkinkah yang menjadi pemangkin gejala kurang sihat dalam kalangan remaja ni adalah orang dewasa sendiri. Bukan apa. Lihatlah kejadian dalam negara kita atau luar negara. Usah cakaplah. Israel nak merampas hak Palestin guna kekerasan. Ahli-ahli politik dan pengikut-pengikutnya pun ADA yang guna kekerasan untuk capai tujuan masing-masing.Biarpun apapun alsan yang diberi, kesimpulannya tetap sama. Orang dewasapun menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah. Mungkin jugak pelajar-pelajar kita mendapat 'IDEA' daripada 'teladan' daripada orang dewasa. Kemelut politik, keadaan semasa mempamerkan kejadian-kejadian yang tidak diingini. Kata-kata nista, tindakan kasar mudah saja dipertontonkan di tv.Tak kiralah sama ada mereka itu Yang Berhormat atau tidak. Teringat saya kes seorang lelaki dipukul teruk sehingga meninggal dunia, hanya kerana diSYAKI mencabul kehormatan budak berumur 12 tahun.Cerita tentang tingkah laku negatif orang dewasa dalam menyelesaikan masalah mereka seolah-olah menjadi sumber 'inspirasi' golongan muda yang rata-rata terdiri daripada golongan pelajar.

Daripada apa yang berlaku,kita seolah-olah seperti ketam cuba mengajar anak berjalan lurus.

Perkara kedua yang saya dapat simpulkan daripada kejadian pukul pelajar ini ialah pelajar-pelajar kita mudah dikawal oleh emosi marah mereka sendiri.Bukannya mereka yang mengawal emosi marah itu. Dan salah satu jalan penyelesaian yang mereka tahu ialah melepaskan kemarahan itu dengan cara tidak sepatutnya. Tertanya pulak saya. Adakah kita sebagai ibu bapa ataupun guru pernah cuba memberi panduan ataupun nasihat ataupun pandangan tentang cara mengendalikan perasaan amarah itu kepada anak-anak atau pelajar kita.

Nampak seolah-olah pelajar-pelajar kita yang berkemungkinan pendidikan agamanya kurang ini mudah dihasut oleh syaitan untuk melepaskan kemarahan dengan menggunakan kekerasan.

Saya rasa isu ini akan senyap tak lama lagi. Dan saya pasti cerita yang sama akan berulang lagi. entah di mana jalan penyelesaian.Kita acapkali menyebut AKAN, AKAN,AKAN tetapi entah bila pula bakal melaksanakan tindakan. Mungkin, perbincngan demi perbincangan bakal dibuat tapi pengakhirnya ..cerita berlalu begitu sahaja.

Posted by cikgu k.a at 16:23 0 comments
Labels: ISU-ISU SEMASA

No comments:

Post a Comment